Usrah itu adalah sesuatu yang menghidupkan jiwa manusia.

usrah1

Semalam saya sempat memberi pengisian untuk belia wanita kawasan Bangi. Belia ini bermaksud macam golongan yang lepas universiti. Tapi semalam tu ada juga akak ni umur sudah 44tahun, doktor falsafah dari UPM.

image

Sebenarnya saya pun dah lama tak beri talk utk geng-geng dakwah ni. Lately ni ada pulak yg invite, ehehe biasa kasi talk utk anak-anak Shaklee ja akhir2 ni. Sejak pindah ke kawasan Hulu Langat ni, kena adapt dulu dengan keadaan kawasan.

Tajuk semalam sebenarnya adalah Sejarah Usrah. Tajuk yang sangat penting utk difahami oleh setiap orang. Difahami dalam konsep yang sebenar. Bukan setakat hanya menggunakan istilah tersebut semata-mata.

Sekarang ini banyak orang menggunakan term ‘usrah’ itu.. kt IKIM ada usrah nurani, kalangan artis2 wanita ada usrah fitrah. Kalau masjid-masjid ada program yg dipanggil usrah.

Tetapi sebenarnya usrah sebenar yg dibawa oleh Hassan Albanna bukanlah usrah2 yang seperti di jalankan di atas, tetapi usrah konsep yang sebenarnya,  usrah itu adalah satu sistem daripada sistem yang besar.

Sistem besar tu apa?

Apabila khilafah Islam jatuh pada tahun 1924, bermakna orang Islam sudah tidak ada pemerintahan Islam. Khilafah ini bermula dari zaman pembukaan negara Islam Madinah.. kemudian Islam tersebar di 2/3 dunia. Islam mengalami kegemilangan, Islam pernah berada dpuncak. Tetapi akhirnya khilafah jatuh kerana kualiti umat Islam yang semakin teruk.

Maka wujudlah Ikhwanul Muslimin, muncullah Hasan AlBanna. Hasan al banna mewujudkan semula kumpulan2 kecil, seperti mana wujudnya perkumpulan kecil di rumah alArqam abi Al arqam semasa zaman Rasulullah..

Perlu kita faham.. ISlam perlu dikembalikan semula kegemilangannya.. Islam perlu menjadi jalan hidup semua manusia.. tetapi bagaimana… ???

 

usrah1Kembali kepada cara bagaimana cara Rasulullah mendidik para sahabat.. dengan cara halaqah2 kecil… begitu juga sepertimana Hasan albana lakukan.

Jadi usrah itu kena difahami konsep yang asasnya iaitu melahirkan individu-individu Muslim yang akan mengembalikan kegemilangan di dalam satu gerakan yang tersusun dan mempunyai manhaj yang jelas. Perjalanan pentarbiyah itu disusun di dalam satu sistem yang baik.

Jadi usrah itu bukan setakat entiti sampingan.
Usrah itu bukan sekadar perjumpaan mingguan
Usrah itu bukan sekadar dicorong radio
Usrah juga bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang.

Tetapi usrah adalah sistem kecil daripada sistem besar, iaitu sistem untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

Usrah perlu hidup.. usrah perlu mendarah di dalam diri ahli usrah masing-masing.

Ahli usrah perlu sangat rapat, seperti mana rapatnya adik beradik didalam sebuah keluarga. Anak usrah kena sangat rapat dengan mak@ayah usrahnya sendiri.. segala2 dikongsi bersama.. suka duka. Pahit manis..

Jangan leburkan kemanisan usrah itu dengan hanya setakat datang, duduk kemudian balik…

Next week ,datang, duduk, dgr dan balik…. usrah bukan program oriented…

Adakah ini luahan hati kecil ini??? Hanya allah yang tahu. Yg penting aku mahu dakwah itu hidup.. tarbiyah itu sangat hidup.. bukan bagai satu patung.. yg wujud tapi tidak bernyawa.. tidak ada perasaan..

Ya Allah lindungi aku dan zaujku serta anak2 ku dari fitnah dunia.. semoga kami menjadi salah satu batu-bata untuk melengkapkan pembinaan ISLAM MENJADI USTAZIYATUL ALAM..

Ameennn

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!