Tips Ringkas Menghafaz Al Quran Bagi Surirumah.

EhFcAEgkHZ0

TIPS RINGKAS MENGHAFAZ ALQURAN BAGI SURIRUMAH YG TERPILIH!

1- Bangun seawal jam 3.30 pagi. Bersihkan diri dan solatlah tahajud, solat taubat dan solat witir (minimum). Berdoalah pada Allah semoga dipermudahkan hafazan kerana Allah berjanji utk mengabulkan permintaan hambaNya di sepertiga malam.

2- Lancarkan ayat hafazan secara melihat mashaf. Sebagai contoh ayat 1-3 surah almulk.
Lihat juga makna ayat utk membantu proses hafazan. Baca berulang-ulang sehingga betul2 fasih.

3- Solat Subuh. Berdoa lagi.

4- Pastikan selesai rutin kerja rumah sebelum jam 8 pagi.

5- Mulakan menghafaz ayat 1.
*baca dengan melihat mashaf sebanyak 5 kali
*baca tanpa melihat mashaf sebanyak 5 kali

Ulang langkah tersebut sehingga betul-betul hafaz.

Kemudian baru beralih ke ayat 2. Ulang lagi langkah tersebut tanpa gagal.
Setelah itu buat pengulangan ayat 1 dan 2 untuk menguatkan ikatan antara ayat.

6- Solat dhuha pada jam 9.30 pagi. Baca ayat yg sudah dihafaz dlm rakaat pertama dan kedua.

Jika ada terlupa kalimah dlm ayat yg dihafaz, terus rujuk alquran apabila selesai solat.

7- Persediaan memasak tengah hari.

8- Berehat sebentar @ qailullah.

9- Solat Zohor dan baca lagi ayat 1-2 yang dihafaz di waktu pagi dalam rakaat pertama dan kedua. Berdoa lagi.

10- Boleh tambah satu lagi ayat hafazan jika mahu selepas zohor @ waktu malam @ bila2 yang difikirkan sesuai.

Keseluruhan ayat yang dihafaz sebanyak 3 ayat untuk satu hari. Jika dihitung, kurang dari 10 tahun surirumah terpilih akan khatam 30 juzuk hafazan.

Setiap hari surirumah terpilih akan dapat melakukan rutin harian menyapu, memasak, mengemas dan sebagainya sambil mngulang-ulang ayat hafazan yg lepas. Oh indahnya!

Semua ini hanya akan berlaku dengan izin Allah. Jika tidak diizin Allah, berlapang dada. Sekurang-kurangnya ada usaha dari pihak kita sebagai hambaNya.

Rancang dan atur projek mega ini dengan keazaman yang tinggi walaupun secara santai.

Siapa kata surirumah tidak perlu pelan taktikal dan pelan strategik?

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

2 thoughts on “Tips Ringkas Menghafaz Al Quran Bagi Surirumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!