Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

perempuan-itikaf

Salam pembaca mamaalya.com…

Baju-Hamil-Muslimah

Ramadhan kali ini pada saya sendiri memang agak mencabar, saya berdoa supaya Allah memudahkan ramadhan kali ini kerana saya pun sedang hamil masuk 8 bulan. Rasa setiap tahun memang saya pregnant waktu ramadhan.. hihi anak berderet2 kan.. tahun lepas jek kosong.. itu pun kelam kabut dengan hormon yang tidak stabil.

Tapi hari ini dah masuk hari ke-3, menipu jugak sebenarnya jika hendak kata saya tak larat dan lemah, memang lemah juga dan penat juga. Tapi memang kuatkan badan dan kuatkan semangat untuk menghadapi ramadhan ini.

Ok… bagi puan-puan yang juga hamil mari kita cari info cemana untuk terus bertenaga untuk berpuasa.

Baju-Hamil-Muslimah-Murah

1. Semasa Sahur

Ketika sahur adalah lebih baik pilih makan yang mengandungi protein dan lemak dalam jumlah yang cukup. Kedua jenis makanan inin dapat bertahan lebih lama di dalam pencernaan dan akan melambatkan kita untuk menjadi lebih lapar. Sebaiknya ibu hamil banyak mengambil daging. Daging adalah makanan yang mengandungi kalori dan protien yang tinggi dan boleh disimpan di dalam tubuh dalam waktu yang cukup lama.

Selain untuk ibu hamil perlu mengambil makanan yang kaya vitamin C dan Zinc untuk menjaga ketahanan badan.

Jangan mengambil makanan manis semasa sahur agar tidak merasa cepat lapar akibat insulin shock.

Sebaiknya habis bersahur, minum air putih sebanyak-banyaknya. Sebaiknya dapat minum semalam 2 liter air. Dan di tambah dengan segelas susu suam. Minum segelas susu setiap sahur akan mengurangkan anaemia bagi ibu hamil.

perempuan-itikaf

Semasa Berpuasa

Pertama sekali betulkan niat kita untuk ikhlas berpuasa supaya puasa kita akan menjadi lebih ringan dan membahagiakan meskipun sedang hamil.

Dapatkan rehat yang mencukupi daripada hari biasa.

Kurangkan aktiviti yang memerlukan tenaga yang lebih contoh seperti membuat aktiviti berat ataupun fikir perkara yang berat. Elakan sebarang tekanan.

Segera berbuku puasa di anda mengalami perkara ini:

  • Muntah-muntah lebih daripada 3 kali dan takut terjadi dehidrasi.
  • Mengalami cirit birit yang teruk.
  • Lemah, kepala berpusing petanda kepada hipogliksemik
  • Mengalami peluh yang berlebihan terutama peluh yang dingin menunjukkan ibu hamil tidak kuat lagi untuk berpuasa.

Semasa Berbuka

Mulakan dengan minuman panas dan manis untuk meningkatkan kadar gula darah, tetapi jangan banyak sangat tau, sebab  kena control gula juga. Elakkan minuman sejuk kerana ia menurunkan proses di perut.

Kemudian makan makanan yang berkarbohidrat mudah seperti kumra supaya mudah untuk diserap di dalam badan.

Selepas solat maghrib, baru makan makanan yang lengkap. Sebaiknya jangan banyak sangat, boleh sambung lagi selepas solat tarawikh.

Sebelum tidur boleh minum susu yang suam dan makanan biskut untuk menampung perut.

Kalau puan hendak dapatkan set puasa dan set hamil boleh hubungi saya – 013-2911762. Saya akan berikan konsultation terbaik punya.. hihi

 sign

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!