TEKNIK MENGAJAR ANAK AL-QURAN SEAWAL USIA

13179354_10209801305169321_5367259126840004605_n

Sharing ini adalah daripada Puan Fatimah Muhammad

Bismillahi rahmani rahim…

Untuk ibu-ibu hebat, kawan-kawan yang dikasihi sekalian. InsyaAllah di post ini, sebagaimana permintaan sahabat-sahabat berkaitan post lepas, saya akan share sedikit sebanyak apa yang saya praktikkan di rumah bersama-sama anak-anak, Thoriq dan Fateh di rumah.

Untuk pengetahuan, Ahmad Thoriq berumur 3tahun 8bulan, dan Ahmad Fateh berumur 1tahun 4bulan. Intensif pengajaran dan hafazan lebih khusus kepada Thoriq yang hanya mula bercakap sekitar December 2015 yang lepas. Sehingga kini belum pun petah dan masih pelat. Pun begitu, Thoriq hampir menghafaz 15 surah. Alhamdulillah biiznillah. Ahmad Fateh pula lebih kepada pengenalan dan pengecaman huruf-huruf hijaiyah.

13177333_10209801304609307_8404020935024858564_n

Mengenai Thoriq khususnya, ada yang pm dan call bertanya “bila Tim start ajar Thoriq?”. “Susah tak Tim nak start?”. “Macam mana nak buat untuk anak participate?”. “Anak kan kecil lagi dan tak faham pun lagi?”. “Tak awal sangat ke Tim?”.
____________________________________________________

Ini MOTIVASI saya.

“Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya” – HR Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah.

“Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan al-Quran kerana mengingatiKu dan meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan selebih-lebih baik daripada semua orang yng meminta kepadaKu. Dan kebaikan Kalam Allah itu ke atas semua kalam seperti kelebihan Allah ke atas semua makhlukNya” – HR Tirmidzi.

“Bacalah Al-Quran, kerana Al-Quran akan datang pada hari kiamat nanti sebagai syafi’ (pemberi syafa’at) bagi yang membacanya” -HR Muslim.

_____________________________________________________
Banyak sekali manfaat belajar Al-Quran yang disebutkan oleh Nabi di dalam hadith, tidak terhitung.

Bahasa paling mudah, saya jadi CEMBURU, SENTAP dan TERPESONA.

Tidakkah beruntungnya seorang ibu tatkala anaknya beroleh kefahaman al-Quran di tangannya? Tidakkan beruntung seorang ibu bilamana anaknya membaca al-Fatihah di seluruh kehidupannya di dalam solatnya hasil didikan sang ibu? Tidakkah beruntung ibu yang melahirkan anak-anak pencinta al-Quran yang kemudiannya berusaha memahami ayatnya dan mengajari yang lain untuk mengagungkan Tuhannya?

CASH CREDIT ke akaun sang ibu. Ya, ini motivasi saya.

Saya cemburu pada ustaz/ustazah kalau merekalah yang mendapat cash credit ini. Saya mahu masuk dalam golongan orang yang mengajarkan al-Quran ini. Yang terdekat adalah anak-anak sebagai murid saya. Ini yang saya dengar dan mula-mula belajar dari Puan @Lina Karim Islamic Parenting Network sekitar Sept.2012 yang lalu. Antara seminar awal yang saya hadiri.

Sebelum dapat Thoriq lagi, saya berminat untuk mengajar anak seawal mungkin, tapi hilang sumber di mana nak mula? Saya dah terbakar nak mula, tapi tak tahu perkara mula yang perlu dibuat? Pusing-pusing akhirnya back to square one.

Berbekalkan MOTIVASI ini, saya terus buat saja. Sedikit-demi-sedikit, berterusan. Ya, BERTERUSAN dan ISTIQAMAH di sini key factor bagi sang ibu. Dengan apa yang saya lalui bersama Thoriq sejak lahirnya 2012, sekarang prosesnya lebih mudah dan cepat. Jadi rujukan sendiri untuk Fateh dan anak-anak yang seterusnya, insyaAllah.

13179354_10209801305169321_5367259126840004605_n

TEKNIK YANG KAMI PRAKTIKKAN DI RUMAH:

1. Dedahkan bacaan al-Quran bagi anak
2. Pengulangan ayat sebanyak dan sekerap mungkin
3. Tasmi’ ayat — ini sudah masuk bab testing memori anak. Ada beberapa kaedah yang boleh Ibu buat untuk bantu kuatkan dan sekaligus menguji memori si anak
-tunjukkan visual ayat
-betulkan sebutan
-pengulangan tanpa urutan ayat
-chunking words
-penceritaan mengenai surah dan ayat
4. Ulang step 2 dan 3 secara berterusan dan kreatif dalam aplikasikan pengulangan surah untuk galakkan anak participate.

Ini rumusan yang boleh saya simpulkan berdasarkan apa yang kami lakukan di rumah, bukan sekadar bercakap semata-mata. Saya detailkan target hafalan anak saya dengan jadual dan target surah. Sila rujuk gambar di bawah.

Alhamdulillah. Sebenarnya teknik ini sangat mudah ibu-ibu sekalian.

_____________________________________________________

Mari saya detailkan.

FASA 1: SEMAIAN MINAT ANAK

STEP-1: Saya mula dengan mengajak suami ke Court Mammoth untuk BELIKAN CD/DVD/USB PLAYER di rumah. Di situ seninya isteri untuk bagi hint kepada suami, inilah yang kita akan buat untuk anak-anak kita. Inilah projek akhirat kita. Nak bagi ada role suami. Nak bagi ada creditnya suami dalam menjayakan pendidikan al-Quran di rumah, walaupun pada hakikatnya akan banyak sang Ibu yang bergelut sendiri.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

One thought on “TEKNIK MENGAJAR ANAK AL-QURAN SEAWAL USIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!