Suntikan Perancang Ganggu Kitaran Haid.

ae0b77f536712731_back-pain.xxxlarge

Terdapat banyak kaedah perancang keluarga yang boleh diamalkan untuk mengelak daripada kehamilan. Salah satu caranya ialah menggunakan injeksi hormon seperti DEPO-Provera.

Apakah itu DEPO-Provera dan bagaimana ia diberikan?

images (3)

DEPO-Provera adalah ubat perancang keluarga yang mengandungi hormon. Ia perlu diberikan oleh doktor dengan cara injeksi menggunakan jarum pada otot punggung pada setiap 3 bulan bagi tujuan menghalang kehamilan.

Berapa cepat ia berkesan dalam menghalang kehamilan?

Keberkesanannya bermula serta-merta selepas injeksi pertama jika diberi dalam tempoh lima hari pertama haid anda. DEPO-Provera adalah di antara ubat perancang keluarga yang sangat berkesan dalam mencegah kehamilan.

 ae0b77f536712731_back-pain.xxxlarge

Bagaimana cara ia bertindak dalam menghalang kehamilan?

Ia bertindak menghalang ovulasi dengan memberhentikan rembesan hormon pencetus ovulasi daripada otak. Di samping itu, ia juga memekatkan cairan serviks dan menyukarkan sperma daripada memasuki rahim. Kesan lain ialah menipiskan dinding rahim dan menyebabkan persekitaran rahim menjadi tidak lagi sesuai untuk berlakunya implantasi.

Adakah semua wanita boleh menggunakan DEPO-Provera?

Kebanyakan wanita sesuai menggunakan DEPO-Provera. Walau bagaimanapun, ia tidak digalakkan untuk wanita yang mengalami masalah seperti berikut;

·       Pendarahan vagina yang luar biasa dan masih tidak diketahui sebabnya

·       Wanita yang mempunyai masalah Hati seperti Hepatitis

·       Kanser Payudara

·       Mereka yang mempunyai masalah darah beku

Apakah kesan sampingan DEPO-Provera?

DEPO-Provera boleh menyebabkan berlaku beberapa kesan sampingan dan setiap wanita mempunyai simtom yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Malah ramai yang tidak mempunyai kesan sampingan langsung.

Di antara simtom paling kerap berlaku ialah:

 

·       Haid yang tidak tetap dan jarang-jarang

·       Kemurungan dan masalah emosi

·       Pening dan sakit kepala

·       Tumbuh Jerawat

·       Perubahan dalam selera makan

·       Penambahan berat badan

·       Tumbuh bulu pada muka dan badan

·       Rambut gugur

Selepas setahun menggunakan DEPO-Provera, 50% daripada wanita mendapati haid mereka berhenti sepenuhnya dan selalunya pada ketika inilah mereka mengambil keputusan untuk memberhentikan pemakaian DEPO-Provera ini. Penggunaan DEPO-Provera yang berpanjangan boleh menyebabkan kehilangan mineral tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis. Risiko ini adalah lebih cenderung kepada mereka yang telah mengambil untuk tempoh melebihi daripada 2 tahun, terutamanya apabila wujud faktor-faktor seperti sejarah keluarga dan perokok. Adalah dinasihatkan wanita yang mengambil DEPO-Provera mendapatkan supplemen Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi untuk membantu mencegah osteoporosis.

Berapa lama boleh hamil kembali selepas berhenti pengambilan DEPO-Provera?

Selalunya kehamilan boleh berlaku di antara 3 hingga 4 bulan selepas suntikan terakhir. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah wanita ia mungkin mengambil masa yang lebih lama sehingga satu hingga dua tahun.

Apakah Kelebihan Menggunakan DEPO-Provera ini?

Terdapat beberapa kelebihan dengan menggunakan kaedah ini:

 

  • Anda tidak perlu ingat untuk mengambil ubat sebagaimana pil perancang
  • Ia menyediakan perlindungan jangka panjang, jadi anda tidak perlu mengambil ubat dengan kerap
  • Tidak terganggu dengan aktiviti seksual.
  • Sangat efektif dalam menghalang kehamilan sehingga hampir 99%
  • Lebih murah berbanding pil perancang.

Apakah yang Kelemahan DEPO-Provera?

 

Kelemahan menggunakan DEPO-Provera termasuk:

  • Boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini kepada segelintir wanita
  • Tidak memberi perlindungan terhadap penyakit kelamin
  • Boleh menyebabkan haid yang tidak teratur atau tiada haid langsung
  • Anda perlu berhenti mengambil DEPO-Provera beberapa bulan sebelum anda merancang untuk hamil kerana kesuburan anda mengambilmasa yang lama untuk pulih selepas injeksi terakhir.

Anda boleh menggunakan GLA Shaklee untuk membantu memulihkan semula perjalanan hormon anda.

 

DSC01003

Testimoni Gla Shaklee

blogger-image-1978087517

lec-7 testi-gla-period

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

3 thoughts on “Suntikan Perancang Ganggu Kitaran Haid.

  1. Slm..saya alina dan telah mngambil suntikan depo ini telah selama 4bulan.. bulan pertama.. saya tak period slama 1bulan setengah..bulan kedua pula saya period selama 2bulan tetapi haidnya sikit2.. ataupon kdg tu..period sikit hye wktu mlm..tetapi siang takde. Bulan ketiga priod slama 1bulan jgk.. dan ni..bln ke4..msalahnya saya ingin berpuasa..jd mslh ade kt situ krn lps depo. Dlm 2 hari mcmtu..period saya clear . Ttpi hari ketiga..wktu ptg..( masa tu saya puasa) lps magrib sya dapati drh haid kluar lg..tp sikit dn skjp..krn esok nye sudah clear smula.. sya tpkse batalkn niat utk puasa.. smp esok..bile sy dpti sudah clear sye trus mndi hadas utk bpuasa esok ye.. mlgnye mlm tu pula.. darah haid tu kluar lg tp setitik je..mslhnye bole ke sye puasa dgn keadaan haid yg xmenntu mcmni. Ataupn kne mandi hadas smula jika hndak bpuasa? Agak susah jgk bile mslh ni dtg pd bulan puasa ni… hrp doktor bole bls soalan saya atau whtsap saya trus di nombor .0129407742

    1. Hai sy Hasya, sy pertama kali mngambil suntikan depo, sy mengambil suntikan semasa sy masi lg dlm pantng, masa tu sy baru 1 bln dlm pntng sy tlh mngmbil suntikan, masalah sy period sy tdk berhnti smpai sekarang, kini tlh 1 bln lebi period masi tak berhenti, soalan sy bagaimana sy nk berhentikan period sy kerana sy tdk tahan asyik nk pakai tua la wanita stiap hati sehinggakan celah penat sy melecet akibat stiap hari perlu memakai pad. sy tdk mhu lg mngmbil suntikan perancang.Soalan sy bagaimn untuk berhentikan period?

  2. Slm..sya dah kali kedua mgmbil suntikan perancang ni..tapi bermula dari bulan pertama suntikan tu,sya belum period lagi..dah 6 bulan..2hari lepas,sya berasa loya dan nk muntah….keadaan sya berterusan sampai sekarang..doc,dalam tempoh suntikan perancang,adakah kemungkinan boleh hamil?harap dpt penjelasan dari doctor……tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!