Set Bersalin Pilihan Ibu Generasi Y Yang Takut Makan Jamu Pahit

Set Bersalin Shaklee

Shaklee pilihan Ibu generasi Y???

Kenapa saya cakap begitu?

1 – Kerana generasi Y ni, ada jenis yang tak suka bau jamu, malas la nak menepek-nepek bau-bau rempah di badan dan sebagainya.

2. Ibu gen y ni, nak mudah saja, buka dan telan ja..

3. Gen Y ni nak lengkap dan mudah.

Saya sudah melalui 4 kali proses bersalin. Dan saya seorang yang agak memilih untuk memperbaiki tubuh badan selepas bersalin. Saya mula makan Shaklee semasa hamil anak ke 4, untuk set Shaklee, dia lebih kurang ja dengan set Hamil, jadi kita jimat banyak, hanya tambah Zinc sahaja untuk lengkapkan.

Walaupun saya sudah menjual Shaklee, saya masih tidak yakin atas testimoni yang banyak dijumpa. Tetapi bila dah pakai, baru tahu la bagaimana perasaan orang yang pakai set ini. Sungguh best sebenarnya!!

Selama anak pertama, saya menggunakan Set Bersalin HPA, anak kedua saya guna Set Bersalin Sendayu Tinggi, semasa anak ketiga saya guna Set Bersalin Orang Kampung.

Kemudian anak ke empat saya mula mencuba set bersalin yang terbaik ini.

Set Bersalin Shaklee

Gambar Fateh selepas Keluar Bersalin.

Fateh Izuudin bersalin pada pukul 1.59 pagi pda tarikh 17 Disember 2013. Kiranya saya masuk ward dalam pukul 4 pagi setelah setel urusan bersalin semua. Di wad ja saya terus telan Vitalea, B Compleks, Zinc dan Vitamin C.

Pada saat ini Vitalea adalah untuk menambah darah yang kurang setelah darah keluar selepas bersalin.

B Compleks untuk mengurangkan ibu meroyan.

Zinc untuk menyembuhkan luka luar dan dalam.

Vitamin C untuk cepat luka sembuh juga.

1513204_10152140435403832_94412108_n

Pada hari ketujuh selesaikan di botakkan oleh Abi sendiri, selepas Opah tak ada masa untuk mencukur.. eheh

Apa yang best Set Bersalin Shaklee berbanding Set Jamu Biasa?

Anda rasa apa yang best? Sebab biasa orang makan jamu kan…

Pengalaman saya sendiri, sebenarnya saya agak skeptikal dengan set bersalin Shaklee walaupun saya menjual shaklee awalnya.. eheheh, sebab saya sudah 3 kali berpantang. Saya masih berpegang jamu adalah terbaik untuk wanita berpantang. Sebab jamu panas dan boleh buang angin semua.

Dan bila orang beri testimoni Set bersalin Shaklee sangat best, saya pun tertanya “best sangat kee”

Bila dah cuba baru saya faham dan rasa. Satu faktor adalah kerana, set bersalin Jamu kita biasa makan lambat sedikit kerana untuk elakan anak jaundis. Jadi badan kita dah lemah selepas bersalin sangat memerlukan bekalan nutrien untuk dia segar semula.

Sampai nurse yang datang rumah pada selang hari selepas bersalin, dia cakap “Eh macam tak bersalin ja muka puan ni… nampak bertenaga jaa”

Walaupun begitu, saya memang beli jamu juga, tak best la berpantang tanpa jamu, ehehehe, bila lagi masa mandi herba, pilis di dahi, nak lulur badan dengan jamu kalau tak buat masa berpantang.. kannn..

Ok la.. kepada yang berminat untuk set Bersalin Shaklee.. boleh hubungi saya ye.

Puan Haridah (MamaAlya)

SMS@whatapps : 0132911762
email : uhud80@gmail.com
COD : Bangi, Kajang, Serdang, Seri Kembangan
Pengedar Shaklee Bangi

mamaalya

 

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!