Sepetang Bersama Blogger : Taman Cabaran Putrajaya

Peserta-SBB2015

Salam semua.

Alhamdulillah, Sabtu lepas dapat join program bersama blogger anjuran denaihati.com di Taman Cabaran Presint 5, Putrajaya. Walaupun saya dan keluarga datang lambat kerana ada urusan di pagi hari di Ampang, tapi sesi petang dan bertemu dengan rakan blogger menjadikan ianya petang yang sangat istimewa. Anak-anak saya pun sungguh happy petang tuh. Berlari sana sini.

Mengikut tentatif, untuk sesi pagi adalah cabaran treasure hunt, saya dengan perut boyot 7 bulan dah nih, memang tak mampu dah rasa nak bercabaran daaa.. hihi so itupun antara sebab kenapa datang lewat sikit.

11403221_10153402419468832_8581317633596639172_n

Petang tersebut ada sesi sharing dengan Tuan Aqif Azizan (rugi termiss half sesi sebab saya pi solat), CEO EQurban, blogger Indonesia Anazkia dan moderator tuan Amir sendiri.

SBB-Yeos-2015

 

Point dr Aqif Azizan sangat menarik, saya pun baru tahu dia memang menjana pendapatan besar dari blog. Saya ingatkan dia hanya ada company yang fokus untuk kerja-kerja penulisan semata-mata. Memang perkongsian yang sangat menarik, satu fakta yang best, Tuan Aqif membina blog beserta email listing yang dapat dikumpulkan sebanyak 250 ribu list. Beliau mengatakan, di US mereka melihat berapa database yang kita ada daripada blog kita. Bukan trafik semata-mata. Bila blog tersebut sudah matang, blog itu akan dijual.

Kemudian perkongsian daripada blogger indonesia. Anazkia… Mbak Anaz banyak membuat kerja sukarelawan di Indonesia di mata dia akan mengedarkan buku-buku bacaan untuk kanak-kanak di pendalaman. Mereka di sana tidak mempunya akses internet untuk membaca apa-apa info. Maka dengan buku sedikit sebanyak mereka boleh menambah ilmu. Kadang-kadang kerja sukarelawan itu, memerlukan untuk mereka berjalan 2-3 jam berjalan kaki untuk sampai ke kampung tersebut.

Terakhir, sesi oleh Tn CEO eQurban. Saya pun tak sure namanya apa.. huhu.. dia baru balik dari mengembara 40 hari ke kawasan pendalaman. Ada beberapa cerita dia yang menarik, ada beberapa kisah dia berjumpa dengan pembaca blognya di Mekah dimana dia pun tak kenal siapa orang tersebut. Pembaca tersebut mengatakan dia memang mengikuti perkembangan blognya.

Majlis terakhir untuk petang tersebut di sambung dengan cabutan bertuah, tahniah kepada yang memenangin iphone 6 dan telefon samsung edge. Dan juga pemenang-pemenang lain.

Pada saya sebagai blogger, lagi-lagi blogger baru, kita perlu datang event macam nih untuk kita tidak syok sendiri dengan blog kita. Kita perlu banyak belajar dari blogger lama yang telah menceburi bidang ini bertahun-tahun. Mereka dapat berkongsi pengalaman mereka bersama kita.

Sebenarnya ini event kedua saya selama menjadi blogger Shaklee dengan blogger luar.. memang banyak membuka mata sebenarnya.. hihi..

Peserta-SBB2015

 

Semoga tahun depan ada lagi event nih… yeaaaaa

sign

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!