Saya dah buat semua dah kecuali amalan rohani. Adakah itu faktor sales saya tak masyuk?

b329ec2e10efa7950b61a31c2ffc4a07

Q: Saya dah buat semua dah kecuali amalan rohani. Adakah itu faktor sales saya tak masyuk?

===================
A: Mari kita perhatikan ayat2 Allah yang indah ini:-

“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan” [Al-A’raf:96]

“Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas” [Al-Baqarah:212]

“Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa hisab” [Ali Imran:37]

Jelas bahawa Allah yang memberikan rezeki. Meski kita diwajibkan berusaha namun usaha fizikal saja tak cukup kerana Allah sayangkan kita, Dia nak kita dekat dgn Dia. Dia tak mahu kita usaha utk dunia semata-mata.

Kalau Dia beri je walaupun takde amalan2 ekstra, even walaupun yg wajib pun lopong2.. itu bahaya! Takutlah keadaan tu, sebab bila berlaku keadaan tu, mungkin Allah dah ‘sisihkan’ kita. Dia nak kita makin lupa diri, dan inilah yg berlaku pada Qarun.

Qarun asalnya orang yg soleh, tp bila diberi harta kekayaan, ia makin menjauhkan diri Qarun dari Allah. Akhirnya dia jadi manusia kufur, tak bersyukur dan lupa pada Allah. kerana tu Allah turunkan azab buat dia. Adakah kita nak jadi macam Qarun? Naudzubillah.

Qarun diazab BUKAN SEBAB DIA KAYA, tapi sebab dia kaya tanpa Allah bersamanya…

& amalan2 rohani ni adalah tanda kesyukuran kita pada Allah. Ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW:

Dari ‘Aisyah RA, ia berkata: “Rasulullah SAW berdiri solat malam, hingga pecah-pecah kedua telapak kaki Baginda. Saya bertanya kepada Baginda; ‘Untuk apakah engkau berbuat ini, wahai Rasulullah, sedangkan engkau telah benar-benar diampuni dosa-dosamu yang lalu dan yang akan datang?’ Rasulullah bersabda: “Tak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur.” [HR Bukhari dan Muslim]

Dan janji Allah pada hamba2 yang bersyukur:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”
[Ibrahim : 7]

==================

Amalan2 rohani… rasanya tidak sepatutnya kita persoalkan lagi.

Ingat balik kenapa kita dijadikan:

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” [adz-Zariyat:56]

Namun terpulang, saya tak boleh paksa sesiapa yg nak buat atau tak buat, konsisten atau tidak dgn amalan2 rohani.

Namun inilah tips & rahsia2 yang diamalkan oleh mereka yang merindukan ranking ‘jutawan Muslimah’ dlm ertikata sebenar. dalam maknanya tu, bukan sekadar duit banyak berumah besar kereta besar pakaian labuh berpurdah, tapi penghayatan di sebalik makna ‘Muslimah’ tu.

insya-Allah tujuan kita nak jadi jutawan dunia & akhirat, jgn kita cuma kaya di dunia tp muflis di akhirat. >_

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!