Resepi Overnight Oat Untuk Bersahur Yang Wajib Anda Cuba

10013849_854698231247344_3840115444125754809_n

Salam semua, hari ini sudah masuk hari ke tiga berpuasa, semoga semua masih tegar dengan puasa yer..

Anda makan apa yer masa sahur? Tahu tak bahawa oat adalah satu makanan yang lambat untuk hadam dan ia kenyang lebih lama. Tapi sesetengah orang tak larat nak makan oat kosong semata-mata. Di sini saya kongsi resepi yang lebih menarik untuk anda.

Resepi Overnight Oats Berry Yogurt

10013849_854698231247344_3840115444125754809_n

 Bahan-bahan

– 3/4 cawan Greek yogurt (yang biasapun boleh)
– 1/3 cawan oat
– 1 sudu kecil chia seeds
– 2 sudu besar susu segar
– 1 cawan berries campuran beku (boleh juga ditambah buahan dalam tin)

Cara Buat

Satukan yogurt, oat, chia dan susu ke dalam mangkuk. Kacau sebati.
Masukkan separuh ke dalam jar.
Lapiskan dengan buahan dan berris campuran.
Masukkan campuran oat selebihnya.
Akhiri dengan buahan dan berris campuran.
Sejukkan semalaman.

RESEPI OVERNIGHT OATS PISANG COKLAT

21015_1446386495663993_8275445096824131393_n

 

Bahan-bahan

1/2 biji pisang (dilenyek)
1/2 cawan oat
1 sudu besar chia seeds
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar kacang tanah (dipanggang dan dikisar kasar)
1 sudu besar Pistachio (dipanggang dan dikisar kasar)
1 sudu besar biji bunga matahari (dikisar kasar)
1 cawan air panas
2 sudu serbuk protein perisa coklat (kalau takder ganti dengan Milo atau Tamar Coco pun boleh)
1/4 cawan susu segar
1 sudu besar cip coklat

Cara buat

Satukan pisang, oat, chia, serbuk koko, kacang, Pistachio dan biji bunga matahari.
Masukkan air panas. Kacau sebati.
Sejukkan semalaman.
Keesokannya, tambah serbuk protein dan susu. Kacau.
Hias dengan cip coklat.

RESEPI OVERNIGHT OATS PECAN PISANG PEANUT BUTTER

11226189_1446386222330687_4376422370364143201_n

 

Bahan-bahan

1/4 cawan oat
1 sudu besar chia seeds
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3/4 cawan susu segar
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 batang pisang (dihiris nipis)
1 sudu besar peanut butter
1 sudu besar sirap maple (boleh juga guna madu)
1 genggam kacang pecan

Cara Buat

Satukan oat, chia, serbuk kayu manis, susu dan esen vanila. Kacau dan sejukkan semalaman.
Keesokan paginya, microwavekan pisang dan peanut butter dalam mangkuk selama lebih kurang 20 saat. Letak di atas campuran oat.
Curahkan sirap maple dan kacang pecan.

RESEPI OVERNIGHT OATS MANGGA MARKISA DELIMA

10986835_1446385268997449_7619008239099942195_n

 

Bahan-bahan

5 sudu besar oat
1 sudu besar chia seeds
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar madu
1 biji mangga (didadu)
1 biji markisa
2 sudu delima

Cara Buat

Satukan kesemua bahan dalam bekas bertutup. Kacau.
Simpan dalam peti sejuk untuk dimakan keesokan paginya.
Bila tiba masa untuk memakan, tuang ke dalam mangkuk.

Idea dari Sedap Tube – terima kasih sedap tube…

 

Ikhlas

sign

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

One thought on “Resepi Overnight Oat Untuk Bersahur Yang Wajib Anda Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!