Piknik ASB (Aku Sayang Bini) Di Kemensah.

geng-asb

1 Mei 2014 adalah hari cuti untuk semua orang. Bagi kami ini ada satu program santai di antara pengedar Shaklee di bawah naungan iReach Master Zainul.. tapi ini khas untuk geng ASB. Asb tu apa ek? ASB tu.. AKU SAYANG BINI… eheh group khas untuk suami-suami yang isteri-isteri derang buat Shaklee.

celi-chalet-ulu-kemensah

 

Picnic dibuat di Chalet Celi di Kemensah. Tempat ni dia dibelakang Zoo Negara. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 7.30 pagi kerana sudah janji untuk berkumpul pukul 8.00 di sana. Dalam 8.05 pagi kami sudah berada di depan Zoo Negara dan bergerak masuk ke kawasan Chalet.

Sampai di Chalet, mula berkemas-kemas untuk BBQ. Master Zainul dan Master Lyna sponsor ayam dan daging hari tu… eheh ingatkan marinate sendiri… rupanya marinate dari JUSCO.. eheh tp tak aper la.. sedap ja semuanya.. berkilat-kilat ayam dia bila di bakar..

   bbq3

bbq2  bbq

 

Sambil-sambil memasak.. anak2 bermain-main pasir… mandi2 di sungai.

Bagi kami ister-isteri, masa ini tidak sia-siakan dengan berukhuwah sesama isteri-isteri. Sempat juga bersembang-sembang dengan yang lain, bagaimana mereka menghandle bisnes Shaklee derang.. cemana derang handle anak-anak Shaklee dan sebagainya.

Sebenarnya yang join ini, ramai yang sudah lama join shaklee.. kami yang agak baru jugak join sebenarnya. Kehadiran Masterlyna juga tidak disia-siakan untuk bertanya masalah-masalah di dalam Shaklee.

Dalam piknik ni, ramai juga mak-mak buyong yang tengah sarat hamil, tetapi mereka tetap bersemangat untuk berukhuwah sesama kami.

cheli-chalet-asb

Lepas penat membakar ayam.. si suami-suami meneruskan cabaran lasak mereka, iaitu menaiki ATV.. memang best suami saya cakap. Seorang caj RM100 untuk satu perjalanan dalam satu jam setengah.

geng-asb-1

Perjalanan menaiki ATV tu menuju ke arah air terjun Kemensah.. dan happy gila tengok suami-suami ni menikmati kesejukan air terjun pagi tu.

geng-asb-2 geng-asb-4

Paling kelakar, selama hampir 2 jam ditinggalkan oleh suami-suami, si isteri-isteri lapar dan menghabiskan semua makanan2.. hahah, lapar derang lepas balik tu… tapi ada lagi la baki-baki makanan dan Master Zainul sponsor la sorang satu burger..

Sebelum pulang, sesi bergambar yang paling gembira. Hampir setengah jam untuk sesi bergambar ni.. sungguh mencabar dengan pelbagai teknologi yang ada sekarang ni..

geng-asb geng-asb-3

 

Sungguh gembira menjadi salah seorang Ahli Shaklee… di dalamnya insan-insan yang amat hebat-hebat. Kami sendiri banyak belajar dari mereka sendiri..

Terima kasih kepada semua.. kita jumpa lagi next program ASB..

 

www.mamaAlya.com

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

One thought on “Piknik ASB (Aku Sayang Bini) Di Kemensah.

  1. happening je aktiviti ASB ni kan? Tak sabar la nak join aktiviti diorang sekiranya masa mengizinkan. Tunggu si kecik dalam perut ni keluar dulu la eh.. :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!