Petua Utama Untuk Cepat Hamil

proses ovulasi

Orang selalu tanya saya, “akak.. Saya dah kahwin berbulan-bulan kak, tapi saya masih tidak mengandung lagi kak… macam mana tu?

Ada juga yang minta nasihat untuk Set Kesuburan Shaklee, tapi untuk kes kesuburan ini, ia bukan semudah makan sahaja suplemen, bulan depan confirm mengandung… dia bukan macam tu sebenarnya yaa… :)

Apakah paling penting dalam proses kehamilan??

Waktu subur atau juga dipanggil masa ovulasi berlaku.

Kenapa dia sangat penting?

Kerana bayi hanya akan terjadi apabila telur bercantum dengan sperma.. dan telur hanya akan keluar sekali antara tempoh haid. Jadi, pasangan suami isteri, perlu memastikan hubungan suami isteri berjalan sesama waktu subur ini jika merancang untuk mengandung. Jika hubungan tidak berlaku diwaktu subur ini, maka proses persenyawaan janin tidak berlaku. Bermaksud telur dikeluarkan, tetapi tiada sperma untuk disenyawakan.

Sebelum mendetect masalah kepada belum hamil lagi… yang utama anda tahu bilakah proses ovulasi berlaku.

proses ovulasi

Apakah yang dimaksudkan proses ovulasi?

Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih telur dilepaskan daripada ovari kita dan ia dikatakan waktu subur seseorang itu. Biasanya ia berlaku pada 12 hingga 16 hari sebelum bermula haid seterusnya. Untuk wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari, ovulasi berlaku diantara 13-15 hari.

Apakah tanda menunjukkan badan kita sedang berlakunya ovulasi?

  • Biasanya semasa proses ovulasi ini, terdapat perubahan kepada mukus dari servis. Jika berlalku ovulasi, mukus berubah dari lekit sehingga menjadi cair seumpama putih telur.
  • Sesetengah wanita, dia sakit di bahagian bawah obdomen. Hampir 20% wanita rasa sakit apabila mereka berovulasi. Kesakitan itu berbeza-beza, daripada rasa ringan sehingga ke rasa yang menusuk-nusuk.
  • Rasa seksi dan menggoda. Rasa bertambah ghairah untuk bersama dengan pasangan.
  • Kelihatan ingin menarik. Ada kajian yang telah dibuat,menunjukkan wanita yang hampir berovulasi akan kelihatan cantik di mata orang melihatnya.
  • Bau harum. Ada pendapat yang mengatakan bau wanita lebih harum di lelaki apabila proses ovulasi berlaku.

mengira waktu subur

Jika dilihat tanda-tanda di atas adalah semulajadi untuk menjadikan pasangan suami isteri dapat melakukan hubungan pada waktu yang tepat.

Jadi pesanan saya, untuk mana-mana pasangan yang berusaha untuk mendapat bayi, paling utama yang perlu anda pastikan adalah waktu subur anda. Jika setelah beberapa bulan masih tidak mengandung, baru pergi untuk rawatan yang lain. Mungkin ada masalah di mana-mana.

Jika saya dahulu saya biasa akan menggunakan satu website http://www.ovulation-calendar.net/ untuk mengira hari keberapa saya subur untuk pusingan bulan tersebut. Website ini memudahkan anda untuk mengira..

 

Selamat mencuba!!

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

2 thoughts on “Petua Utama Untuk Cepat Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!