Pelajar UPSR Bocor semakin bersemangat selepas mengamalkan 5 tips mudah ini.

upsr bocor

upsr bocor

Malaysia digemparkan dengan soalan UPSR bocor. Rasa sejak saya ambik UPSR tahun 1992, rasa tak pernah lagi kes soalan bocor lagi rasanya. Pastinya jika kita meletakan diri kita sebagai adik-adik yang duduk ujian UPSR ini, pastinya kita boleh merasai tekanannya.

Kena ulang exam!!! Warghhh…. sudah sungguh2, sudah lepas 100% tenaga pada kertas soalan yang diambil minggu lepas, pastinya sangat tertekan bila kena ambil semula angkara ada orang yang tidak bertanggungjawab membocorkan soalan dan seluruh pelajar tahun 6 satu Malaysia kena ulang semula kertas soalan lain.

Dalam keadaan sebegini, apa yang kami kami cadangkan, adik-adik boleh mengamalkan beberapa tips yang kami berikan dibawah ini untuk semakin bersemangat untuk menghadapi ulangan semula peperiksaan UPSR untuk minggu hadapan.

1) Redha dengan ujian dan anggap ini adalah hikmah dari Allah.

Setiap kejadian yang berlaku mesti ada hikmahnya. Ujian ini bukan ujian kita seorang sahaja, tetapi semua pelajar UPSR satu Malaysia terpaksa menghadapinya. So apa yang perlu dibuat adalah BERSYUKUR..

Lafazkan Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah…

Semua yang berlaku adalah bukan sia-sia. Mungkin ada salah kita menjawab soalan yang diulang tersebut.  Ini adalah peluang Allah berikan untuk kita buat lebih baik.

Di dalam Al Quran, Allah memberi peringatan untuk kita sentiasa bersyukur dan Allah akan gandakan rezeki. Dan di dalam hukum sunatullah , hukum tarikan pun mengatakan.. jika kita positif, kita akan tarik perkara positif dan digandakan lagi.. Jika kita negatif, kita akan tarik lagi perkara negatif lebih banyak.

Sentiasa positif dengan perkara yang berlaku.. Sentiasa bergembira dengan apa yang telah berlaku. Jangan tertekan dengan hanya perkara kecil ini.

2) Bercuti, bersenam dan urutan.

101_0055

Cuba adik-adik, ibu-bapa pelajar bersama, ambik masa luang sebelum peperiksaan berlangsung, untuk bersenam mengambil angin di Taman Permainan atau pergi ke tempat berkelah untuk separuh hari ini. Kembali kepada alam, mandi air sungai, mandi air laut, boleh meneutralkan semua caj-caj yang memberatkan anak kita.

Ibu-ibu pun boleh berikan urutan mesra menggunakan minya aromatheraphy untuk anak-anak, urutan ibu sangat memberikan ketenangan kepada anak-anak kita.

(jangan asyik urut si ayah saja… anak kita memerlukan sentuhan kita pada waktu ini… hihihi).

3) Makan makanan yang berkhasiat.

Jangan pulak disebabkan stress punya pasal, ajak ibu-bapa makan fast food.. hihihi..   Lagi gi makan mac donald… aisey dik… Boikot kan Mc D tu.. hihi

Ambil makanan yang berkhasiat untuk memberi tenaga untuk diri adik-adik. Makan makan yang berprotein untuk membaiki mood dan memberikan tenaga yang lebih berpanjangan.

Boleh juga makan makan anti stress seperti bluberry, badam dan ikan Salmon.

Makan juga buah-buahan yang berkhasiat untuk merehatkan badan dan minda adik-adik.

4) Kawal penggunaan gadjet.

Disconnect, disconnect, disconnect.

Cuba tanya buka facebook, dan lain-lain saluran yang boleh menambah stress adik. Buka facebook dok cerita pasal soalan UPSR bocor.. pasal suspek yang di tangkap kerana soalan bocor.. stress omak…!! ehehe

Dengan melarikan diri dari Internet dan menutup telefon bimbit, sekurang-kurangnya boleh menyekat beberapa saluran yang boleh mencapai tekanan kita.

Ini adalah masa untuk bertenang.

5) Berdoa, berzikir dan membaca Al Quran.

berdoa kepada allah

Ubat yang terbaik adalah kembali kepada Allah. Ini adalah ubat terbaik sekali daripada segala-gala ubat. Banyakkan doa kepada Allah, berzikir dan banyakkan tilawah quran untuk mendapatkan semula semangat untuk menghadapi peperiksaan ulangan nanti.

Kita ada Allah adik-adik semua, itu yang maha Berkuasa, kita adalah insan kerdil, pergantungan kita adalah kepada Allah pencipta kita.

Akhirnya, akak mengucapakan selamat menempuhi UPSR semula. Buat yang terbaik!!

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!