Minggu ke 7 : Sistem Pencernaan Terbentuk

bayi 7 minggu

Embrio kini berusia lima minggu, berukuran 2-5mm. darah mula mengalir ke jantung, tunas kaki dan tangan mula memanjang. Kini tinggal 33 minggu lagi.

Pada minggu ke-7, bentuk luar mebrio berkembang dengan pesat. Mata bersaiz satu titik akan membentuk lensa mata. Telinga membentuk gelembng telingan dan terus berkembang membentuk bahagian-bahagian yang berfungsi untuk pendengaran dan keseimbangan. Tangkai kantung kuning telur dan tangkai penghubung bersatu membantuk tali pusat.

bayi 7 minggu

Rongga jantung hampir sempurna, ia sudah mula dialiri darah. Sekat jantung yang mula dibentuk pada minggu ke-6 hingga minggu ke-8. apabila berlaku gangguan pada pembentukan sekat jantung pada minggu ini, bayi mungkin lahir dengan kelainan jantung bawaan.

Permulaan sistem pencernaan dan pernafasan mula terbentuk. Tunas paru-paru akan membentuk trakea dan tunas bronkiaslis. Tnas bronkialis akan membentuk saluran bronkus di kanan dan kiri. Otak, otot dan tulang sudah mempunyai bentuk awal. Plakoda hidung membentuk lubang hidung sebagai bonjolan hidung.

Tunas anggota badan depan dan belakang (tangan dan kaki) sudah terbentuk dan semakin memanjang. Panjang embrio dari kepala sehingga punggung berukuran 2-5mm. Ukuran ini sering digunakan kerana kaki embrio sering terlipat yang menyebabkan kesukaran pengukuran.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!