Minggu 6 : Pemeriksaan Pertama Antenatal

heart_baby_feet

heart_baby_feet

Salam semua… maaf kerana sudah lama saya tidak posting di blog ini. Ok kita sambung semula jurnal kehamilan kita. Kita sudah masuk ke minggu ke 6.

Ok saya berikan link artikel yang sebelum ini untuk rujukan puan.

Minggu 1 : Utamakan Kesihatan Janin

Minggu 2 : Proses Persenyawaan

Minggu 3 : Tanda Awal Kehamilan

Minggu 4 : Janin- Pembentukan Organ Awal

Minggu 5 : Perkembangan Embrio

Semaha minggu ke 6, ukuran embrio antara 1.25 mm- 3mm. Otak jantung dan pembuluh darah, sistem saraf dan organ lain mula berkembang. Janin berusia empat minggu dan masih menunggu 34 minggu lagi.

Minggu ini embrio mempunyai kepala yang lebih besar dari organ lain yang dan mempunyai punggung. Tabung saraf yang membentuk saraf tulang belakang dan otak memanjang dari atas hingga bawah embrio. Benjolan pada tengah embrio akan membentuk jantung.

bayi 6 minggu

Pembentukan otak, jantung dan pembuluh darah, sistem saraf dan organ lain berkembang pesat. Bonjolan lidah bermula, saluran usus dan tunas hati, kantung amnion dan plasenta juga mula tumbuh. Minggu ini ada perkembangan besar-besaran organ tubuh embrio. Termasuk telinga mata, tangan, kaki, muka rahang atas dan bawah sudah terbentuk dalam bentuk bonjolan.

Sel mesoderm akan berkembang menjadi sel-sel darah, kemudian membentuk pembuluh-pembuluh darah kecil. Dengan pembentukan tunas pembuluh darah secara berterusan, pembuluh darah estraembrional akan membentuk hubungan dengan pembuluh darah di dalam embrio untuk menghubungkan dengan plasenta. Selaput percardium (termasuk jantung) mula terbentuk. Tunas paru-paru mula kelihatan sebagai satu bonjolan di dekat dinding depan usus. Buah pinggang atau ginjal juga berkembang dengan pesat.

Pemeriksaan Antenatal

Semasa ini pemeriksaan antenatal sudah boleh dibuat di klinik yang berhampiran. Setengah orang suka untuk membuat pemerikasaan di klinik kerajaan. Jika saya sendiri, saya lebih suka untuk membuat pemeriksaan di klinik swasta kerana lebih cepat. Dalam setengah jam saya sudah boleh selesai urusan pemeriksaan bulan.

Berbanding dengan klinik kerajaan saya perlu menghabiskan masa setengah hari hanya kerana untuk pemeriksaan bulan.

Pengambilan Vitamin untuk Hamil.

Mengenai pengambilan vitamin hamil, sebenarnya masa ini puan sudah ambil vitamin yang sepatutnya. Jika puan membaca penerangan di atas.. organ-organ bayi sudah mula berkembang, jadi nutrien sangat diperlukan sebenarnya. Kerana sel-sel baru akan wujud dan sel-sel ini memerlukan nutrien untuk menjadi lebih sihat.

Jika berminat dengan Vitamin Kehamilan Shaklee.. anda boleh dapatkan dari kami.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!