Minggu 5 : Perkembangan Pesat Embrio

persenyawaan 1

persenyawaan 1

Jurnal 40 hari ini anda boleh dapati daripada minggu 1 hingga minggu ke 4.

Di sini link mengikut minggu, semoga dapat memberi manfaat kepada anda.

Minggu 1 : Utamakan Kesihatan Janin

Minggu 2 : Proses Persenyawaan

Minggu 3 : Tanda Awal Kehamilan

Minggu 4 : Janin- Pembentukan Organ Awal

Minggu ke 5, permulaan tempoh perkembangan embrio (dari minggu 5-10 kehamilan), ia sangat penting dalam perkembangan organ janin. Embrio sudah berusia tiga minggu.

Proses pembentukan tiga lapisan pada embrio (endoderm, mesoderm dan ektoderm) kesemua ini akan membentuk organ. Lapisan endoderm (lapisan paling dalam) akan membentuk saluran pencernaan, usus, hati dan paru-paru. Lapisan mesoderm (lapisan tengah) membentuk jantung, alat kelamin, otot, tulang dan buah pinggang. Lapisan ektoderm (lapisan luar) akan membentuk rambut, kulit, mata dan sistem saraf.

Akhir minggu ke-5, embrio akan membentuk kerangka badan, otak serta jantung. Embrio berukuran 0.36mm – 1mm dan berat kurang dari satu gram. Minggu ini adalah di mana embrio sangat peka terhadap gangguan-gangguan teratogenik (kecacatan janin).

Embrio yang sebelumnya hanya berbentuk seperti kumpulan sel, kini berbentuk tabung dengan bahagian atas dan bawah yang melebar. Alur saraf terbentuk memangkang dari atas ke bawah. Lipatan sarah kranial membahagi menjadi beberapa bahagian dari otak.

Pembantukan awal jantung bermula pada pertengahan minggu ke-5. Jantung membahagi menjadi empat ruang. Dengan mengunakan ujian USG, pergerakan jantung embrio dapat dilihat.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!