Minggu 4 : Janin – Pembentukan Organ Awal.

janin di dalam kandungan

Jurnal 40 hari ini anda boleh dapati daripada minggu 1 hingga minggu ke 4.

Di sini link mengikut minggu, semoga dapat memberi manfaat kepada anda.

Minggu 1 : Utamakan Kesihatan Janin

Minggu 2 : Proses Persenyawaan

Minggu 3 : Tanda Awal Kehamilan

Salam kepada puan-puan semua.. ┬ásemasa saya menulis artikel ini hujan renyai-renyai di luar sana… sejuk juga sekarang ni.. musim hujan sudah bermula. Banyak juga tempat yang mengalami banjir dan air melimpah. Mohon doa tempat saya tidak mengalami ujian tersebut.

Ok kali ini saya teruskan jurnal 40 hari ini untuk minggu ke 4 dengan tajuk Janin- Pembentukan Organ Awal.

janin di dalam kandungan
janin di dalam kandungan

Embrio berusia dua minggu. Perkembangan minggu ke -4 sebahagian blastokista tertanam di dalam stroma endometrium (rahim). selepas blastokia melekat, salah satu bahagian akan membentuk embrio dan satu lagi akan membentuk kantung kuning telur (yolk sac) yang berfungsi melindungi dan membekalkan makanan kepada embrio sehingga plasenta terbentuk.

Ketika ini plasenta (uri) baru terbentuk, pembentukkan akan sempurna lapan minggu lagi. Akhir minggu ke 4, sinsiotropoblas yang berperanan menghasilkan Human Chorionic Gonodotropin (HCG) akan terus meningkat sehingga ke hari ke-60 kehamilan.

Menjelang akhir minggu ini, hormon HCG yang dihasilkan cukup untuk ujian kehamilan. Hormon ini boleh dikesan di dalam air kencing dan menjadi petanda mudah menentukan wanita hamil ataupun tidak.

Selepas proses implantasi berlaku hormon HCG akan merangsang kantung tempat sel telur keluar untuk menghasilkan hormon progesteron yang berfungsi untuk menjaga lapisan rahim. tempat melekatnya embrio.

Embrio bekerja keras minggu ini untuk membantuk tangkai penghubung(tali pusat) dari plasenta ke badan. Kantung amnion yang berisi cairan ambion (air ketuban) mengelilingi embrio yang berfungsi untuk melindungi embrio. Kantung kuning telur akan menghasilkan darah dan membantu memberikan nutrisi untuk embrio sehingga tugas ini di ambil oleh plasenta kemudiannya

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!