Minggu 3 : Tanda Awal Kehamilan

implantation-bleeding2-1

implantation-bleeding2-1

Selepas ejakulasi, sel sperma perlu melalui tempoh masa penyesuaian selama tujuh jam di dalam vagina. Sperma memerlukan masa lebih kurang 10 jam untuk menembusi saluran fallopian berbanding hanya 20 minit untuk bersenyawa dengan set telur di dalam rahim wanita.

Persenyawaan berlaku selama 12 hingga 24 jam, bermula dengan sel sperma memasuki sel telur dan berakhir dengan terbentuknya zigot(perkembangan sel)

Hasil daripada persenyawaan kedua-dua kombinasi kromosom dan kedua-dua ibu bapa, penentuan jantina dan ia bermula membahagi. Pronulkeus sel sperma akan bergabung dengan pronulkeus sel telur untuk menggabungkan kromosom. Apabila sperma membawa kromosom Y, maka bayi anda adalah lelaki, apabila kromosom yang dibawa adalah X, maka bayi anda adalah perempuan.

Dalam beberapa jam selepas sel telur disenyawakan, bermulalah pembahagian zigot. Set akan terus membahagi dan menjadi dua sel dan terus membahagi lagi setiap 12 jam. Dalam tempoh 30 jam sel akan berkembang menjadi dua, dalam tiga hari sel akan membahagi menjadi 16. Sel ini perlahan-lahan akan bergerak dari saluran follofian menuju ke rahim.

open-uri20121119-20842-10tfwb0

Dalam rongga rahim, sel akan berkembang menjadi ratusan sel dan dikelilingi oleh rongga berisi cairan yang dipanggil blastokista. Blastokista akan mencari tempat untuk proses implantasi (melekat) pada dinding rahim. Dalam tempoh sembilan hari blastokista akan melekat pada dinding depan atau belakang rahim berhampiran bahagian paling atas rahim.

Tubuh anda akan mengeluarkan protein imunosupresan yang mencegah tubuh bereaksi kerana melihat janin sebagai bahan asing. Jika implamantasi berlaku, maka bermulalah kehamilan. Ketika ini usia sebenar janin adalah 3 minggu.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!