Minggu 2 : Proses Persenyawaan.

persenyawaan

persenyawaan

Keajaiban permulaan kehidupan berlaku dengan pertemuan sel sperma dan sel telur di saluran fallopio. Hanya satu sperma yang mampu memasuki sel telur dan disenyawakan.

Jika kitar haid adalah 28 hari, maka waktu subur adalah pada akhirnya minggu ini apabila proses ovulasi berlaku kerana kilang telur mengeluarkan sel-sel telur pada pertengahan kitaran subur pada hari 12-14 (waktu paling tinggi jangkaan berlaku persenyawaan).

Minggu kedua, kitaran haid berakhir dan masuk ke masa proliferasi (lapisan endometrium rahim bersiap sedia untuk proses kehamilan). Horman estrogen mula meningkat dan menyebabkan lapisan endometrium berkembang. Hormon FSH yang dihasilkan tubuh akan berfungsi untuk membantu mengembangkan satu atau beberapa folikel menjadi sel telur yang matang.

Sel telur matang akan bergerak dari kilang telur ke saluran fallopio dan menunggu untuk disenyawakan.

Pada akhir minggu ini adalah waktu anda mengalami ovulasi, apabila berlaku hubungan seksual tanpa sebarang langkah pencegahan selepas suami ejakulasi, 200-300 juta sperma berenang di dalam vagina, jutaan sperma yang mampu sampai ke roangga rahim dan saluran fallopian, namun hanya 300-500 sel sperma berjaya menembusinya.

Kesihatan amat penting untuk kehamilan, anda perlu mengambil nutrisi seimbang, melakukan senaman dan mempunyai rehat yang secukupnya. Jika berat normal sebelum hamil, ibu memerlukan 2200 kalori setiap hari hingga minggu ke 13 kehamilan (trimester pertama). Untuk trimester kedua dan ketiga anda memerlukan tambahan 300 kalori perhari. Kalori tambahan mampu memberikan tenaga dan diperlukan oleh anda dan janin.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!