Minggu 1 : Utamakan Kesihatan Janin

muntah semasa hamil

Usia janin dikira berdasarkan hari pertama hadi berakhir, ia kerana sukar menentukan secara tepat bila ibu mengalami ovulasi (waktu subur di mana sel telur dikeluarkan oleh kilang telur) dan bila sel sperma bersenyawa dengan sel telur.

muntah semasa hamil

Disebabkan pengiraan kehamilan bermula pada minggu terakhir ibu haid, ia bermakna usia janin yang dikandung ibu adalah berkurangan dua minggu. Minggu pertama adalah minggu terakhir haid walaupun belum persenyawaan berlaku.

Ibu sudah boleh mengira hari. Pada minggu ini hormon FSH (follicle Stimulating Hormone) perlahan-lahan mula dikeluarkan untuk membantu permatangan sel telur. Persenyawaan (pertemuan sel sperma dan sel telur) baru berlau 12-14 hari lagi di mana selepas berlaku persenyawaan maka terbentuklah embrio.

Ibu Ambil Asid Folat

 

asid folik hamil
asid folik hamil

Tubuh anda akan mengalami banyak perubahan dalam 3 bulan pertama. Perubahan ini sangat unik dan setiap kehamilan juga berbeza antara seorang ibu dengan ibu yang lain.

Anda akan merasa mual, muntah, sakit belakang, sering membuang air kecil, sembelit, kaki kram dan mengalami mood yang berubah-ubah. Jangan bimbang, semua yang berlaku adalah normal sesama hamil. Gejala ini beransur-ansur hilang seiring pertambahan usia kehamilan.

Makanlah makanan yang berzat kerana pada trimester pertama adalah masa paling penting dalam pertumbuhan organ janin.

Apabila ini sudah pasti, anda disarankan menghentikan segala kegiatan yang tidak baik seperti merokok, mengambil ubat-ubata terlarang dan alkohol. Tiga perkara ini amat mempengaruhi perkembangan embrio dan boleh menyebabkan kecacatan. Sebaiknya elakkan pengambilan ubat-ubatan yang dijual secara bebas.

Jika mengambil ubat secara rutin yang disarankan oleh doktor seperti ubat darah tinggi dan diabestes, sebaiknya bincang dahulu dengan doktor sebelum menghentikannya.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

One thought on “Minggu 1 : Utamakan Kesihatan Janin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!