Mengapa Makan yang kita ambil mungkin memudaratkan bayi di dalam kandungan?

44f3c5471fd83a558402150dc4b1f93d

Keliru tentang makanan yang boleh dimakan semasa hamil? Sama ada kita boleh makan seperti biasa ataupun tidak? Berikut adalah segala informasi yang dapat menyelamatkan diri dan bayi anda daripada bahaya.

 

Kafein

Sekiranya terlalu banyak kafein dalam diet, kita berisiko tinggi untuk keguguran dan bayi mungkin kurang berat badan ketika lahir.

 Pemanis tiruan.

Walaupun terdpat kebimbangan pada beberapa jenis pemanis, tetapi kajian keseluruhan mendapati ia selamat digunakan bagi semua ibu hamil.

 Daging Mentah atau kurang masak.

raw-meat-17630391

Daging mentah, kurang masak dan diawat ataupun pelbagai jenis makanan daripada sumber ayam perlu dielakan. Ia mengandungi bakteria salmonela yang boleh mengakibatkan keracunan yang boleh memudaratkan bayi yang dikandung.

 Telur mentah atau kurang masak.

Makan telur separuh masak ataupun mentah tidak digalakkan kerana risiko telur mungkin mengandungi bakteri salmonella. Bagi kekal selamat, rebut telur bersaiz sederhana hingga 7 minit, goreng telur pada kedua-dua bahagian hingga masak.

 

Keju dan barangan tenusu.

44f3c5471fd83a558402150dc4b1f93d

Keju adalah sumber protein dan kalsium untuk ibu mengandung tetapi ada sesetengah yang perlu dielakkan.

  • Lembut dan keju matang berkulat, seperti Brie dan Camembert.
  • Kaju Biru seperti Danish Blue dan Stilton.
  • Lembut, keju yang tidak dipasteurkan seperti keju kambing dan biri-biri.

Keju-keju ini menyediakan persekitaran sempurna bagi bakteria yang boleh memudaratkan seperti listeria untuk membial. Walaupun begitu, bakteria ini boleh mati sekiranya dimasak. Oleh itu ia selamat dimakan sekiranya dimasak. semua keju keras termasuk feta, Gruyers dan Parmesan adalah selamat untuk dimakan.

Yogurt, minuman probiotik, fromage frais, krim masam dan creme fraiche juga selamat untuk dimakan.

Salad Segera

Penyediaan salad adalah mudah tetapi kita perlu membasuhnya dengan teliti. Ada kemungkinan ia akan membawa parasit toksoplasmosis dan bakteria listeria.

Hati dan pate (produk hati)

Pakar mencadangkan supaya ibu hamil tidak memakan hati atau sebarang produk berasaskan hati seperti sosej hati, pate kerana ia mengandungi paras tinggi retinol dalam bentuk vitamin A yang boleh memudaratkan perkembangan bayi.

Makanan Sedia masak.

Makanan sejuk yang sedia dimasak dan daging pramasak berpotensi dicemari oleh bakteria listeria ataupun parasit toksoplasmosis. Kuman listeria masih boleh membiak di dalam kabinet sejuk atau di dalam peti sejuk kita.

Bagaimana pun dengan memasaknya pada suhu tinggi dapat menghapuskan kedua-dua jenis kuman tersebut dan ia selamat untuk di makan.

 

Makanan Laut

Kebanyakkan ikan dan kehidupan bercangkerang seperti siput adalah selamat untuk dimakan, dengan syarat ia dimasak dengan sempurna. Makanan laut seperti kerang, siput dan kepah mentah, selalunya menyebabkan keracunan makanan. jadi ia lebih baik dielakkan semasa hamil.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!