Malasnya Nak Makan Vitamin Bila Hamil!

pregnancy-week-by-week-pictures

Baru ini saya pergi ke klinik kesihatan untuk cek anak saya Fateh yang cucuk untuk 4 bulan. Sebab terlalu ramai orang, sempat bersembang-sembang dengan mak-mak buyong kat situ.. eheh..

Cuba untuk meneliti bagaimana pengambilan vitamin di kalangan mereka.

Ibu yang pertama yang saya dekati, masih budak lagi.. umur 25 tahun. Hamil yang pertama.  Bayi baru 5 bulan di dalam kandungan. Bila di tanya makan vitamin apa, dia kata dia beli Primilet di Famrasi.. Tanya dia, tak mahu cuba Shaklee ke sebab Shaklee adalah 100% semulajadi bukan sintetik. Tak sempat habis bersembang, nombor dia naik untuk masuk ke bilik doktor… ehehe melepas saya untuk habiskan sharing… ehehe

vitamin untuk hamil

Ibu yang KEDUA : umur 28 tahun, hamil anak ke empat. 3 anak sebelum ini bersalin caeseran. Dia kata confirm ke empat pun sama. Tapi dia kata, anak-anak dia semua kecil-kecil, dalam 2.80 kg sahaja. Tetapi terpaksa caeser sebab kontraksi kuat tetapi bukaan tidak buka. Bila tanya makan vitamin atau tidak? Dia kata dia tidak ambik apa-apa vitamin, yang klinik kasi pun dia tak makan… huhuhu ada juga kes macam ni..

Kekadang saya pun pelik KENAPA MEREKA MALAS UNTUK MAKAN VITAMIN BILA HAMIL!!

Sebab pada saya sangat-sangat perlu kerena kita sedang membesar bayi yang dari sekecil ovum sehingga menjadi manusia yang sempurna. Jadi nutrien yang cukup sangat-sangat penting.

Kenapa Penting untuk Makan Vitamin dan Mineral semasa Hamil?

pil-perancang

Vitamin dan mineral membantu dan mendapatkan nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat dan membaiki apa-apa kerosakan di dalam badan. Anda boleh mendapatkan vitamin dan mineral di dalam pemakanan anda termasuklah

  • Buah-buahan
  • Sayuran
  • Roti dan Pasta
  • Produk tenusu
  • Kacang
  • Daging Merah
  • Ikan yang rendah merkuri

Suplemen

Sebenarnya amat susah untuk manusia mendapatkan vitamin dan mineral yang mencukup di dalam makanan seharian. Mereka perlu ambik suplemen juga. Suplemen biasa di dalam tablet ataupun di dalam bentuk kapsul.

Ini adalah contoh orang yang sangat memerlukan suplemen

  • Wanita yang merancang untuk hamil – Wanita begini sepatutnya mengambil multivitamin yang mengandungi 400gm asid folik setiap hari untuk mengelak kelahiran yang bermasalah. Walaupun wanita yang merancang untuk tidak mengandung, ia bagus diambil takut-takut termengandung pulak. Jadi bayi telah disediakan keperluan yang cukup.

pregnancy-week-by-week-pictures

  • Wanita Hamil – kena kerap untuk mengambil vitamin khas untuk ibu hamil. Ia perlu mengandungi asid folik dan nutrien yang diperlukan semasa hamil.
  • Manusia yang mempunyai masalah kesihatan amat perlu nutrien dan vitamin yang mencukupi. Contohnya seperti anemia, badan tidak mencukup mineral besi, maka mineral tersebut perlu di ambil daripada makanan ataupun suplemen.

Kepentingan Nutrien Semasa Hamil

pregnant-mom

Biasanya apabila anda hamil, bila cek kehamilan di klinik kerajaan ataupun di Swasta, doktor atau jururawat akan mula memberi anda vitamin untuk bekalan diri anda dan bayi. Ataupun anda sendiri membeli di farmasi.

Folik asid adalah nutrien yang paling penting semasa hamil

  • Asid folik dapat membantu untuk melindugi kerosakan otak dan spinal cord. Ia juga membantu mengelakkan wanita daripada kanser dan stroke.
  • Wanita hamil memerlukan 600mg asid folik daripada suplemen dan pemakanan.
  • Biasanya satu vitamin untuk pregnant mengandungi 1,000mg asid folik

 

Iron juga adalah salah satu nutrien penting yang terdapat di dalam vitamin untuk kehamilan.

  • Iron (zat besi) membantu otot ibu dan juga perkembangan bayi.
  • Ia boleh mengawal daripada anemia di mana sel darah merah terlalu kecil ataupun bilangannya sedikit. Sel darah ini penting untuk mengangkut oksigen untuk ibu dan bayi.
  • Iron juga boleh mengelakkan kelahiran pra matang dan kurang berat badan.

Kalsium juga terdapat di dalam vitamin kehamilan yang membantu untuk menguatkan tulang dan gigi.

  • Kalsium membantu sistem saraf, otot dan peredaran darah kekal sihat.
  • Sekiranya ibu hamil tidak mengambil kalsium yang mencukupi, bayi akan menarik kalsium dari ibunya sendiri.
  • Apabila bekalan kalsium tidak mencukupi, akan berlakunya osteoporosis, di mana tulang sudah tidak padat dan mudah retak.

Asid docosahexaenoic atau DHA , adalah omega -3 asid lemak. Ia membantu untuk menyokong pembangunan dan fungsi otak dan mata bayi.

  • Wanita perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 200 miligram DHA setiap hari.

 vitamin-e-pil-untuk-cepat-mengandung-hamil

Perlu diingat!!

Sebelum mengambil sebarang makanan tambahan, bercakap dengan pembekal penjagaan kesihatan anda tentang sama ada anda memerlukannya dan, jika demikian , berapa banyak yang anda perlu ambil. Sesetengah makanan tambahan yang berbahaya semasa mengandung. Selain itu, dos yang besar kadang-kadang berisiko. Sebagai contoh, mengambil terlalu banyak vitamin A semasa mengandung boleh menyebabkan kecacatan kelahiran. Jangan mengambil lebih daripada 5,000 IU ( unit antarabangsa ) vitamin A sehari.

 Set Kehamilan Shaklee

Di dalam Shaklee kita ada 2 set khas untuk ibu yang hamil, set ini amat lengkap untuk memenuhi kelengkapan bekalan untuk ibu hamil.

set kehamilan shaklee set kehamilan shaklee

 

Boleh dapatkan konsultasi dan tempahan dari kami :

Puan Haridah (MamaAlya)

SMS@whatapps : 0132911762
email : uhud80@gmail.com
COD : Bangi, Kajang, Serdang, Seri Kembangan
mamaalya
Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!