Mahu Cepat Hamil? Lakukan 10 Panduan Terbaik Ini.

Tips-Agar-Wanita-Subur-dan-Cepat-Hamil

Bagaimana Kehamilan Terjadi?

Setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari. Sekiranya dalam waktu ini anda dan suami berhubungan, sperma akan berenang ke dalam rahim dan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan(Salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

Apa yang perlu dilakukan??

1. Berjumpa dengan pakar perbidanan dan sakit puan (O&g)

Sebagai seorang wanita yang bakal mengandung bayi selama sembilan bulan di dalam rahim, anda perlu memastikan kesihtan sentiasa baik. Jakitan penyakit boleh menganggu perkembangan bayi di dalam kandungan. Doktor yang merawat akan memeriksa sama ada anda bebas daripada jangkitan rubella, demam campak, hepatitis B, hepatitis C, HIV dan sipilis. Doktor juga akan memeriksa kandungan darah, kumpulan darah dan faktor RH. Anda juga perlu memberi doktor jika dalam masa yang sama, anda atau pasangan mengambil sebarang ubatan. Mungkin anda tidak tau jika ubatan tersebut boleh menganggu perkembangan sperma atau telur.

2. Ambil ujian sperma & HSG

Tips-Agar-Wanita-Subur-dan-Cepat-Hamil

Sekiranya hadi teratur dan sudah mencuba selama setahun untuk mengandung, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analis sperma dan HSG untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

3. Amal pemakanan yang seimbang.

fruitsddd

Wanita yang merancang untuk mengandung perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut keperluan. Anda perlu mengambil banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Pemakanan yang seimbang penting terutamanya bagi wanita yang mempunyai masalah ovulasi. Ini kerana masalah ovulasi mempunyai kaitan dengan PCOS yang menyebabkan wanita sukar hamil.

4. Ambil vitamin setiap hari.

The National Health and Medical Research Council (NHMRC) di Australia menyarankan wanita yang merancang untuk hamil perlulah mengambil 0.5mg asid folik sebagai makanan tambahan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung.

Asid folik boleh membantu mengurangkan risiko janin cacat. Suplemen lain mungkin tidak perlu diambil ketika ini kecuali multivitamin yang boleh memberi kebaikan tubuh yang sihat terutamanya ketika ovulasi. Suami pula disaran untuk mengambil suplemen zink untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

5. Kawal Pengambilan Kafein

Kandungan kafein yang tinggi dikatakan boleh menganggu kesuburan wanita. Walaupun tiada bukti yang kukuh tentang ini tetapi lebih baik anda kurangkan mengambil kafein dalam pemakanan seharian. Jangan mengambil lebih dari dua cawan kopi dalam sehari jika anda benar-benar berhasrat untuk mengandung. Kafein bukan sahaja wujud dalam kopi semata-mata malah ada juga di dalam makanan lain seperti coklat dan minuman kola.

6. Periksa Berat Badan Ideal

Berat badan turut mempengaruhi kesuburan. Jika anda berada dalam kumpulan terlalu kurus atau terlalu besar, ia boleh menjejaskan peluang untuk segera hamil. Gunakan kalkulator Body Mass Index (BMI) untuk mengira sama ada berat badan anda ideal atau tidak. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat badan optimal.

7. Bersenam Secara Konsisten.

Berjalan, bermain tenis dan suka lain yang sederhana adalah senaman yang baik untuk mengekalkan kecergasan. Selain itu, bersenam juga mampu melancarkan peredaran darah dan memberi kesan kepada kesuburan. Walau bagaimanapun, jika anda telah disahkan mengandung. Jagan melakukan senamanlebih daripada 4 kali seminggu.

8. Tingkatkan hubungan seks.

Posisi yang tepat ketika hubungan intim. Banyak pakar kesuburan yang berpendapat bahawa posisi lelaki di atas ketika mengadakan hubungan intim memberikan peluang terbaik untuk segera hamil. Ini kerana wanita boleh menerima kehadiran sperma yang lebih banyak. Wanita di galakkan untuk berada di posisi yang sama selama 20 minit selepas ejakulasi. Jangan bergerak dahulu kerana sperma yang telah masuk akan mengalir kembali ke vagina. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks tiga hingga empat kali seminggu adalah disarankan terutama pada hari yang subur.

9. Kurangkan tekanan

Tekanan atau stress membawa penyakit begitu juga jika anda sedang mencuba untuk segera hamil. Hidup pasti tidak dapat lari daripada stress tetapi cara menangani stress  penting perlu difikirkan. Tekanan yang berlebihan boleh menganggu tahap kesuburan seseorang tidak kira lelaki atau perempuan. Cuba buat aktviti-aktviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti bercuti atau membeli-belah.

10. Ketahui Waktu Subur Anda.

Persenyawaan hanya berlaku ketika waktu subur. Jadi anda perlu tahu waktu subur anda kerana setiap waktu individu mempunyai waktu subur yang berlainan. Hari subur anda cuma empat hingga lima hari dalam sebulan. Jika mengadakan hubungan intim ketika waktu subur, peluang untuk mengandung dengan segera amat cerah. Namun, waktu subur ini hanya berkesan jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur. Catatkan BBT (suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!