Kisah Saya dengan 4 Set Berpantang.

wpid-img-20140728-wa0036.jpg

Salam semua pembaca MamaAlya.com. Semoga di dalam keadaan yang sangat ceria di samping anak-anak tersayang.

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda, 4 jenis set berpantang yang pernah saya guna sepanjang bersalin 4 orang anak saya..  eheh 4 orang anak setiap kali guna set berpantang yang berbeza.. best ke tak tuh…

so memang feel la setiap jenis set-set ini. Memang ada perbezaan di antara set-set berpantang ini.

sebelum tuh tgk video pengalaman kawan saya dahulu yer..

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Masa anak pertama saya memakai Set Berpantang HPA.

set bersalin hpa2 (1)

Set Berpantang HPA

Apakah kandungan set ini?

Satu Set Bersalin HPA mengandungi 8 produk yang baik untuk kesihatan wanita selepas bersalin iaitu :-

  1. Minyak Barut (2 unit)
    Digunakan secara tradisional untuk kesihatan ibu selepas bersalin. Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kembung perut. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di bahagian perut dan sendi-sendi yang lenguh. Aplikasi minyak ini akan memberikan keselesaan kepada para ibu yang berada di dalam tempoh berpantang.
  2. Minyak Bayi (2 unit)
    Digunakan secara tradisonal untuk melegakan sakit perut dan kembung perut bayi. Bayi-bayi yang baru lahir kebiasaannya akan mengalami kembung perut yang akan membuatkan mereka berasa tidak selesa dan meragam sepanjang malam. Dengan penggunaan minyak ini, bayi akan berasa lebih selesa dan dapat tidur lena. Sapukan minyak ini ke perut, pangkal paha hingga ke tapak kaki bayi bagi mengelakkan gejala kembung perut terutamanya bayi yang baru dilahirkan.
  3. Teh Herba (1 unit)
    Teh Herba yang diperbuat daripada herba pegaga (Hydrocotyle asiatica) berkhasiat untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman selepas bersalin. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh Herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang.
  4. Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari)
    Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.
  5. Kapsul Wanita A
    Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A setiap pagi dan malam.
  6. Kapsul Wanita B
    Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul B setiap pagi dan malam.
  7. Ubat Basuh (Kegunaan Luar)
    Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.
  8. Spirulina
    Sebagai tambahan khasiat makanan. Spirulina membantu membekalkan zat mineral yang diperlukan oleh tubuh di mana boleh membantu meningkatkan kesihatan tubuh. Spirulina juga mempunyai kandungan protein yang tinggi untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

 

Set Bersalin Sendayu Tinggi – Bersalin Anak ke Dua

Kemudian semasa bersalinkan Nabeehah, anak ke dua, saya rasa macam teringin yang pakai set mahal.. ahahah masa tu try pulak Sendayu Tinggi. Pengalaman pakai set ini, agak renyah jugak la, sebab lulur badan dia tu memang kena pakai setiap kali lepas mandi. Badan pun ok, sebab jamu dia akan banyak mengikut tempoh masa..

 

set_b_sendayu_tinggi

Harga set Berpantang Sendayu Tinggi ini adalah RM386.00

ok saya share pasal info produk dia.

Pakej Ammy 60 Days merupakan produk lengkap bagi ibu-ibu selepas bersalin semasa tempoh berpantang. Kini didatangkan dengan pakej terbaru yang disediakan bersama kotak Ammy 60 Days yang cantik dan menarik. Mempunyai 11 produk penjagaan yang menyeluruh bagi ibu bersalin dari hujung rambut kehujung kaki bagi menjamin kesihatan dalaman dan luaran. la terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu dalaman dan luaran (turut disertakan risalah penerangan terperinci).

Untuk penjagaan dalaman, ia terdiri daripada 6 botol kapsul iaitu kapsul Ammy 60 Days dari hari pertama hingga hari ke 60 dan 5 produk kegunaan luaran iaitu Ammy Heat, Ammy Massage, Tummy Tone, Body Tone dan Oil of Telon (minyak bayi). Amalkan Ammy 60 Days Sendayu Tinggi dari hari ke 60 selepas bersalin untuk membantu mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin. bagi mendapatkan bentuk badan asal seperti sebelum bersalin gunakan Ammy Corset, bengkung Sendayu Tinggi.

Ammy Sixty Days (1-10 hari)
Produk ini dirumus khusus untuk membantu mengelakkan ibu mendapat bentan atau terkena angin/darah meroyan ketika berpantang. Ia dirumus khas untuk membuang dan menghalang angin dari memasuki tubuh. Tubuh ibu akan sentiasa berpeluh selain mengembalikan tenaga agar tidak lemah dan pucat. Ia dirumus khas untuk membersihkan darah beku atau nifas bagi melancarkan darah tanpa rasa rengat atau sakit.

Ammy Sixty Days (11-20 hari)
Memberikan ibu tenaga, memperbanyakkan dan melancarkan air susu serta membaikpulih luka dalaman tubuh.

Ammy Sixty Days (31-40 hari)
Ubatan herba ini dirumus untuk membantu merehatkan otot rahim, menambahkan darah selain memberikan ibu tenaga. ia juga mampu membaikpulih luka dalaman dan mengecutkan rahim untuk kembali seperti asal. Pada waktu ini, ia juga bertindak mengembalikan bentuk badan kepada kecantikan asal. Malah pada minggu ini juga ia menggiatkan hormon wanita untuk bersedia melakukan hubungan seksual selepas berpantang.

Ammy Sixty Days (41-50 hari)
Pada hari-hari terakhir berpantang, ubatan herba ini bertindak sebagai penjagaan khusus untuk rahim. Selain itu, mengekalkan otot vagina seperti sebelum melahirkan anak. Malah ia juga, bertindak sebagai kosmetik untuk menyerikan kecantikan ibu dari dalam.

Ammy Sixty Days (51-60 hari)
Selepas habis berpantang selama 44 hari, penggunaan pada minggu terakhir ini membentuk kesempurnaan luaran dan dalaman tubuh. Badan akan kelihatan segar, bertenaga dan memberi keyakinan kepada wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga tanpa rasa was-was.

Ammy Heat
Minyak panas berwarna hijau ini diperbuat daripada ekstrak rumpai laut dan daun jemujur. Ammy heat akan digunakan bersama Ammy Massage ketika diurut. Ia membantu mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit sendi. Untuk keselesaan boleh disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stokin yang bertujuan melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.

Ammy Massage (minyak urut untuk ibu)
Selepas bersalin, seluruh tubuh badan akan mengalami kesakitan. Ini adalah proses biasa bagi ibu yang baru bersalin kerana tenaga yang banyak diperlukan ketika meneran. Minyak ini sangat baik untuk ibu kerana sewaktu diurut ia dapat melegakan ketegangan otot, membetulkan urat-urat, menghalang badan dari dimasuki angin serta menghaluskan kulit. Selain itu ia mampu membantu melancarkan perjalanan darah, menjauhkan meroyan, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan.

Oil of Telon (minyak bayi)
Bukan sebarangan minyak tapi ia diperbuat daripada herba terpilih. Minyak ini tidak panas sebaliknya sesuai digunakan oleh bayi. Keberkesanannya juga sangat mujarab, antaranya mampu mengatasi masalah kembung perut, selsema, melegakan batuk dan kahak (untuk sapuan luaran saja).

Tummy Tone
Ubatan herba berbentuk serbuk halus yang terdiri daripada akar laut, kulit kuning dan buah kedeka ini dirumus khusus untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan rekahan terutama dibahagian perut dan peha ketika mengandung. Disamping itu ia juga bertindak untuk mengecutkan otot luaran perut.

PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja dan biar ia kering. (Satu sudu tummy tone tambah 2 sudu serbuk kacang hijau atau serbuk tepung beras)Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja dan biar ia kering. (Satu sudu tummy tone tambah 2 sudu serbuk kacang hijau atau serbuk tepung beras)

Body Tone
Body Tone diperbuat khusus daripada herba unik. Antaranya buah cermai, kayu cendana dan kulit kuning yang dirumus khusus untuk mengembalikan kecantikan asal tubuh dengan mengelakkan sembab, mencegah dari angin masuk ke tubuh dan kulit berkedut selepas bersalin.

PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja.Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja.

 

Set Bersalin Orang Kampung – Bersalinkan Iffat Izzudin

359821_685748

Harga Set Berpantang Orang Kampung ini adalah RM168.

Anak ke tiga saya bersalinkan Iffat Izzudin masa bulan Mac 2011. Semasa itu bersalin di hospital Serdang. Saya memang tak beli pape pun set berpantang kali ni. Sampailah bersalin, eheheh. Masa tu hendak beli ubat untuk lawas membuang air besar di Farmasi Nasra Bangi, ternampak pulak Set Berpantang Orang Kampung ni, terus grab ja. hihihi

Saya suka juga la, sebab simple ja dan ada ubat periuk. Kena masak ubat periuk dan minum airnya. Set ini ada pilih juga, tapi tak la complecated sangat makan Set sendayu Tinggi.

Saya share details produk dia.

1. Seri Lulur

2.Seri Pilis

3.Seri Susut
4.Kapsul Kacip fatimah
5.Minyak Telon
6.Minyak Gamat
7.Minyak Merah
8.Ubat Periuk
9.Jeli Gamat
10.Bengkung
Khasiat :-
1. Seri Lulur – membersih, melembutkan dan memulihkan kulit yang elastik
2. Seri Pilis – Untuk melegakan sakit kepala, mata kabur dan ketegangan otot mata
3. Seri Susut – disapu pada perut ibu sebelum berbengkung bg dapatkan perut yang kempis
4. Kapsul Kacip fatimah – memperkuatkan tubuh bersalin.
5. Minyak Telon – digunakan untuk mengelakkan perut kembung pada bayi
6. Minyak Gamat – rawatan luka-luka dalaman dan pengecutan rahim.
7. Minyak Merah – mengurangkan sakit sendi, sakit belakang dan mengurangkan rasa sejuk 
di bahagian-bahagian badan
8. Ubat Periuk – merawat dan mengembalikan rahim kepada bentuk asal. Membantu peredaran darah dan memulihkan sistem penghadaman. 
9. Jeli Gamat – rawatan luka-luka dalaman dan pengecutan rahim.
10. Bengkung – utk mengempiskan perut

Set Berpantang Mustika Ratu dan Set Berpantang Shaklee

Untuk berpantang anak ke empat pula – Fateh Izzudin, Saya mula mengambil Shaklee. Saya mula mengambil Shaklee semasa mengandung Fateh, masa ni badan saya sangat lemah semasa pregnant.

Boleh baca cerita saya semasa pregnant Fateh di sini. –> Pengalaman Kehamilan ke Empat

Mengapa Saya ambil 2 set berpantang. 

Kerana satunya set hamil shaklee dan set berpantang Shaklee sama ja vitamin dia, just Tambah satu ja lagi iaitu Zinc, Zinc pun harga sangatlah murah Rm33 sahaja untuk non member.

So jimat dah kt situ dah?? Jimat kann…

Tapi saya ni teringin juga la dan ada bau2 jamu ni.. ihihi mana lengkap pantang tak ada jamu.. tepek2 dahi.. lulur badan.. best apooo.. hahah

So itu sebab saya ambik Mustika Ratu.. Budget rendah ja, sebab dah ada Shaklee… Harga pun tak mahal, masa tu saya beli kt Mydin so harga dalam RM80 ja…

jamu_selapan_mustika-ratu

Kandungan:
1. Tapel Raket Mustika Sejati
2. Berbengkung
3. Pilis Wangi
4. Bancar Air Susu
5. Parem Segar Sumyah
6. Jamu Galian Parem Wangi
7. Jamu Pulih Balung Sumsum
8. Minyak Telon Mustika Ratu
9. Jamu Kaplet Mimilan Mimtuno
10. Ginasih Wash

DSC02271

Jika lihat set bersalin shaklee… semua tu saya makan semasa pregnant lagi. Memang lepas ja bersalin, keluar ja babyl terus telan VITALEA, B compleks, dan Vitamin C..

So untuk bersalin hanya Zinc sahaja dan juga alfalfa untuk tambah susu..

so jimat tak rasa.. ehehe

So.. daripada perbandingan di atas, anda boleh nampak apa kandungan di dalam dia..  khasiat dan sebagainya..

Untuk puan-puan yang ingin mencuba Set Berpantang Shaklee.. anda boleh hubungi saya –> 0132911762

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

One thought on “Kisah Saya dengan 4 Set Berpantang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!