Ketahui dan Kenali Apa Itu Kontraksi Semasa Hendak Bersalin.

child-developmentpreparing_for_birtheasing_labor_pain-2

Salam semua.

Semua wanita yang melalui proses kelahiran akan melalui pengalaman sakit kontraksi. Untuk makluman, kontraksi merupakan salah satu petanda bahawa proses kelahiran sudah bermula.

Pregnant Asian Woman at home with cramp leg. Woman health concept.

Sakit kontraksi mungkin bermula sebagai sakit belakang biasa. Anda mungkin mengalami kontraksi dalam perut, seakan-akan sengugut ketika datang haid. Apabila kontraksi semakin kerap, catatkan selang masanya. Anda tidak perlu pergi ke hospital dengan segera melainkan sangat kerap iaitu setiap lima minit, anda akan berasa sakit sakit.

Seperti saya dulu, bila selepas bersalin Nabeehah, anak kedua, saya sudah ada sedikit pengalaman semasa bersalin Nabeelah yang sulong. Memang akan saya kira kekerapan kontraksi tersebut berapa kali dalam 10 minit. Jika kekerapan sudah 10 minit sekali, itu sudah dikatakan kerap. Baru pergi ke hospital.

Bermula dari saat mengalami kontraksi, kita digalakkan untuk melakukan banyak pergerakan tetapi lakukannya dengan berjalan perlahan-lahan. Apa perlu berehatlah sebentar. Apa-apa pun, anda tidak digalakkan untuk berterusan berbaring di katil kerana langkah ini akan melambatkan proses kelahiran bayi. Dalam masa yang sama anda turut digalakkkan untuk menenangkan diri dengan mandi air suam. Namun. hal ini hanya boleh dilakukan sekiranya kantung ketuban masih belum pecah.

KONTRAKSI BRAXTON HICKS (KONTRAKSI PALSU)

keep-calm-its-only-braxton-hicks

Tidak teratur atau tidak tetap

Sela masa tidak hampir jaraknya, biarpun waktu makin berlalu

Sering kali lemah dan tetap berkeadaan seperti itu. Anda mungkin mengalami kontraksi-kontraksi yang lebih kuat diikuti dengan kontraksi-kontraksi lemah.

Kontraksi yang di alami berhenti apabila anda berehbat, berjalan atau berubah kedudukan.

Tempoh masanya pelbagai

Tidak mempengaruhi bukaan serviks.

Rasa sakit yang biasa dialami hanya dirasakan pada bahagian hadapan.

 

KONTRAKSI SEBENAR.

child-developmentpreparing_for_birtheasing_labor_pain-2

Mempunyai pola sakit yang teratur.

Sela masa kontraksi semakin dekat jaraknya seiring dengan pembesaran saiz serviks.

Kekautan kontraksi bertambah seiring dengan berjalannya waktu.

Kontraksi tetap dialami walaupun apa juga yang anda lakukan.

Biasanya berlangsung antara 30-90 saat.

Menyebabkan bukaan serviks semakin melebar

Rasa sakit dialami bermula dari punggung dan bergerak ke hadapan.

 

Apabila sudah bersalin, jangan lupa untuk mencuba Set Bersalin Shaklee ye.. hihi….

 

Ikhlas…

Mamaalya

013-2911762

 

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!