Kenapa Bertungku Penting Sesama Berpantang?

Seperti mengurut, bertungku juga sangat penting dilakukan selepas bersalin. Tungku ditekan dalam keadaan yang suam-suam panas kepada anggota-anggota badan. Antara anggota yang perlu ditungku adalah:

  • perut
  • Hulu Hati
  • Pinggang
  • Paha
  • Belakang badan
  • Tangan
  • Tapak Kaki
  • Tumit Kaki.

Bila Masa untuk Bertungku?

Biasanya orang bertungku dari minggu kedua, sehingga hari ke 44dalam tempoh berpantang.

Tempoh masa untuk bertungku ada setengah jam dan shingga ke 45 minit setiap pagi dan setiap petang selama tempoh berpantang

Batu tungku dipanas di atas api dapur yang kecil apinya selama 5 hingga 10 minit, semua batu diangkat dan diletakkan di atas kain yang dilapik dengan daun-daun.

tungku opah

Tujuan Utama Bertungku

Tujuan utama bertungku ialah untuk mengecutkan peranakan, menghangatkan rahim dan melancarkan darah nifas keluar dari tubuh.

Selain itu, bertungku di perut juga dikatakan dapat mengecutkan rahim , menaikkan ari-ari dan menempatkan kembali batu merian (rahim) kepada kedudukan asal. Ia juga untuk menambahkan keberkesanan sesi mengurut sebelumnya.

Sebaik-baiknya amaln bertungku dilakukan selepas keadaan perut tidak lagi bengkak. Bagi yang bersalin normal, jenis tungku yang boleh digunakan adalah besi dan batu. Namun kepada yang bersalin caesar, hanya tungku batu boleh digunakan.

 

Khasiat daun pilihan tungku

Untuk memberi kesan yang lebih baik ketika bertungku, batu yang telah dipanas tadi di alas dengan dedaun. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekali gus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku

Antara daun yang biasa digunakan ialah

  • Daun tutup bumi
  • Daun sirih
  • Daun serai
  • Daun pandan
  • Daun senduduk
  • Daun Mengkudu
  • Daun Kunyit.

 

Istimewa amalan ini apabila daun terkena batu tungku yang panas ia turut menghasilkan bau yang wangi seakan aromaterapi yang membuatkan anda yang memberi rasa selesa ketika sedang bertungku. Malas ia juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Misalnya daun sirih, daun kunyit dan daun lengkuas dikatakan dapat mengeluarkan angin dari badan. Manakala daun pandan dan daun senduduk boleh melembutkan urat. Manakala daun serai boleh mengecutkan peranakan.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

One thought on “Kenapa Bertungku Penting Sesama Berpantang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!