Kena pindah!… Misi Mencari Rumah Baru.

Rumah Vista Emas

Salam semua…

Ni nak cerita kisah kena pindah rumah ni bermula awal bulan hari tu, tiba-tiba tuan rumah sekarang hendak datang rumah. Janji2,,, rupanya dia datang dengan anaknya.

hihihi,, disebabkan tuan rumah hendak datang rumah, sibuk jugak la mengemas rumah. Ye la tuan rumah nak jenguk rumah kan.

Rupanya berita yang diberitahu, mereka hendak naikkan sewa dari RM750 kepada RM1200…. fuhhhh banyak tu.. dekat Rm450. Memang terkejut la jugak… pening kepala hendak pindah mana, sebab kawasan tuh memang dah seronok sangat dah, lagipun rumah mak Mertua pun depan rumah kami ja…

Rupanya anak makcik nih, hendak beli rumah ni, samada dia yg akan duduk, atau dia akan sewakan pada orang lain. Rm1200 memang tinggi juga… pening sekejap masa tu.

Anak makcik tu ambik gambar seluruh rumah sebab dia hendak kasi valuer untuk valuekan rumah tu. … tahan ja perasaan masa tuh… sob sob sob

Lepas makcik ni balik.. terus la wasap Husband… huhuu sambil sedih2 nangis.. hahah.. wasap juga mak mertua.. mak cakap.. “Dah rezeki takat tu aja duduk kt rumah tuh” fuhhhh lagi laju la saya nangis.. hahah (kelakar pulak rasa). Suami balik cakap, mungkin ada hikmahnya, mungkin hendak kami rasa suasana baru.

Bermulalah aktiviti harian iaitu cek website mudah.my dan segala website property..

Rumah demi rumah saya telefon dan ada beberapa rumah yang kami datang untuk tengok. Antara kawasan yang sempat saya datang untuk lihat dalam rumah adalah di seksyen 4 tambahan. Rumah ni 2 tingkat setengah. Kawasan agak ok. dekat dengan roundbout Seksyen 4. Bila tengok, dengan sewa RM1300, rumah agak pendek, sebab dia bina keatas, atas sekali ada sebuah bilik master bedroom.

Nego dengan owner, owner tak boleh nego untuk rendah lagi daripada RM1300… so tak aper la… kami teruskan cari rumah lain. Survey punya survey, rata rumah memang area Rm1300 ke atas.. kalau dapat Rm1200 pun sangat murah la.. ye la.. rumah saya duduk sekarang ni teres setingkat pun dia nak letak sewa RM1200, baik saya pindah rumah dua tingkat dengan sewa yang lebih kurang sama.

Rumah seterusnya kami pergi tengok rumah di seksyen 3 tambahan, sebelum Bangi Perdana. Ini pun sewa RM1200. Harga agak ok.. tp rumah kecik jugak…  Dan berkira-kira yang anak saya bersekolah di Sekolah Rendah Sri Al Amin. Maka kami sedang menilai sama ada duduk di area Sungai Tangkas atau di luar kawasan tetapi dengan sewa lebih murah.

Kemudian terkini, semalam saya pergi tengok rumah di Alam Sari… fuhhhh mmg tip top punya kawasan… sewa Rm1300, memang murah gila kalau area kawasan tuh. Memang sepanjang saya survey ni Mudah.my, memang rate Alam Sari ni memang lebih RM1600 biasanya. Excited juga la hendak tengok rumah nih… dengan feeling macam orang kaya baru duduk area situ.. Kawasan dia ala2 Country Height ja rasa.. sangat peace dan cantik.

Rumah Alam Sari
Rumah Alam Sari

Bila masuk rumah… mmg best.. besar dan sangat puas hati. Saya memang confirmkan pada agen untuk sewa rumah tuh, hanya kekangan kami untuk masuk bulan Februari. Sebab kami akan keluar di hujung februari untuk pindah bulan Mac 2015.

Pagi tadi, saya follow up balik agen Alam Sari nih, rupanya dia dah berikan rumah tuh  pada orang lain yang terus confirm untuk pindah ke situ.  Sekali lagi sedey….. huhuhuhu warghhhhhh mmg kawasan tu dah syok gila rasa… tak merasa lah nk duduk situuu…

Rumah Vista Emas
Rumah Vista Emas

Ok last sekali…… akhirnya rumah ini menjadi last choice kami… pada pukul 6 ptg tadi, kami tengok pula rumah di Taman Vista Emas.. betul2 dekat dengan Al Amin.. rasa kalau hendak hantar Nabeelah pun dalam 5 minit ja…

Alhamdulillah ownernya baik, dan sebelah rumah kami ada Taska. Memang Alhamdulillah juga dalam rumah tuh rasa lebih besar dari rumah Alam Sari tadi… (huhu merajuk dengan Alam Sari) hihihi… Serius memang besar dan dapur dia pun besar… sangatttt puas hati.. Ya Allah, Allah lebih tahu yang lebih baik untuk kami. Jangan menilai dari luaran, tapi yang lebih penting dalaman…

Insya allah Saya akan berpindah bulan Mac ini, doakan rezeki kami mencurah dalam bulan ni untuk nak bayar deposit rumah… hahahahha…. Doa tauuu

Salam Sayang..

MamaAlya

 

 

 

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

3 thoughts on “Kena pindah!… Misi Mencari Rumah Baru.

  1. RM1,200 – RM1,600 memang tinggi untuk sewa bulanan, untuk tidak membebankan, kita perlu cari rumah sewa yang lebih rendah.

    namun jika pendapatan keluarga puan sudah memadai untuk membeli rumah sendiri, boleh saja buat perancangan untuk beli rumah di mana yang ada kemudahan untuk keluarga dan anak-anak.

  2. saya ade rumah kt taman vista emas, skrg saya bagi sewa mula2 rm900 skrg saya naikkan rm1100, nak naikkan ,xsmpai hati,xperlah, janji penyewa jaga baik2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!