Keajaiban Kolagen : Protein Semulajadi untuk Kulit Kekal Muda.

kolagen semulajadi

Salam kepada pembaca mamaalya.com.

Bermula lagi hari pertama untuk setiap minggu, setelah berehat selama 2 hari. Apa rancangan puan-puan hari ini, saya sendiri anak masih lagi bercuti sekolah. Maka semuanya masih bermain-main di rumah.

Sebagai work at home mum, cuti sekolah begini menjadikan sangat mencabar kerana kita perlu menyiapkan kerja-kerja kita, disamping kena melayan kesemua anak-anak yang tidak bersekolah. Walaubagaimana, kita kena selalu postif dan gembira dengan hidup kita.

Ok kali ni.. saya ingin share dengan puan-puan mengenai satu keperluan di dalam badan kita iaitu kolagen. Kerana keberadaan kolagen di dalam badan kita sangat mempegaruhi keadaan kulit dan anggota badan kita..

Bagi anda yang menginjak usia 25 tahun. amat digalakkan untuk mendapatkan kolagen tambahan melalui pemakanan dan suplemen tertentu kerana kolagen mula menyusut pada kadar 1.5 peratus setahun. Sehingga usia 45 tahun, badan dijangka kehilangan sebanyakan 30% daripada kolagen semula jadi.

kolagen semulajadi

Jika anda mengabaikan aturan ini, usah terkejut jika garis-garis halus mulai kelihatan pada wajah anda dalam jangka masa lebih awal. Penyusutan kolagen juga menjadikan kulit mula kendur kerana hilang sifat kekenyalannya yang semulajadi. Pemakanan harian tidak cukup untuk membekalkan kolagen yang diperlukan. Jadi situlah pentingnya pemakanan tambahan untuk menggantikan kolagen yang hilang.

Kebaikan kolagen untuk tubuh kita

1. Bagus untuk sendi dan tulang.

Terdapat kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia yang mencadangkan jika pengambilan kolagen diamalkan selama tujuh hingga 10gram kolagen sehari iaitu selama 30 hari hingga 90 hari, ia akan mengurangkan kesakitan yang berpunca daripada artritis. Bukan itu sahaja, kolagen juga dipercayai membantu melancarkan pengerakan sendiri dan mengurangkan kesakitan terutamanya bagi anda yang menghadapi ostoarthiris.

2. Rambut.

Kini banyak syampu yang berada di pasaran mempunyai kolagen. Ia membantu meningkatkan kekuatan rambut struktur protein malah membantu menstabilkannya. Jika anda mula mengalami keguguran rambut, kekuarangan kolagen mungkin salah satu penyebabnya. Penggunaan syampu mungkin memerlukan sedikit masa untuk merasai kebaikkannya berbanding pengambilan suplemen atau minuman.

3. Kuku.

Adakah anda mengalami masalah kuku rapuh? Ia mungkin disebabkan faktor umur, rutin harian ataupun kurang minum air. Selain itu, faktor cuaca dan kekurangan kolagen dalam badan boleh menjadi penyebab. Pengurangan kolagen terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut. Apabila kolagen dalam tisu lembut semakin kurang, ini mengakibatkan kesukaran untuk pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa. Ia juga menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan.

4. Kulit.

Kandungan kolagen bukan sahaja membantu mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit. Bahkan ia turut mempercepatkan kadar pemulihan sel-sel kulit jika berlaku sebarang kecederaan atau luka yang boleh menyebabkan parut.

Kolagen juga mengalakkan penyerapan asid amino yang sangat penting seperti glysine, proline dan hydrovyproline yang dapat mengurangkan lemak dalam badan. Selain itu, terdapat juga cara yang menggalakan kolagen semulajadi melalui sistem badan iaitu

– Kurangkan diri daripada terdedah kepada pancaran sinaran UV

– Amalkan senaman wajah setiap hari.

– Jangan merokok

– Kenakan krim pelindung yang mengandungi SPF 30 dan keatas.

Penggunaan pencuci muka dan skrub juga membantu kerana melalui penggunaannya, sel-sel kulit mati dapat ditanggalkan seterusnya memberi peluang untuk pertumbhan sel-sel baru dan kolagen. Seiring dengan perkembangan teknologi moden, pengamal kecantikan mula menawarkan rawatan laser. Apabila ia dikenakan pada kulit, kolagen yang terdepat pada kulit wajah akan pecah lalu menghantar isyarat ke fibroblase untuk menggalakkan penghasilan kolagen.

 

Kesimpulan, pengambilan kolagen adalah sangat penting untuk semua manusia.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!