iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

vision board

Salam semua…

Hari ini hari terakhir untuk hantar entry cabaran Iphone Denaihati ni. Dok fikir la nak tulis apa la.. Tok guru Eizil.com kata kena tulis yang ada storyline, ada video, gambar menarik dan lain-lain.

Bila fikir video, adus, mana reti buat video, kamera pun tak ada, mengharapkan tab lenovo ja.. eheh, nak letak gambar menarik, copy paste dari google ok la.. gambar cun-cun, tapi gambar dari tab lenovo saya malap ajaa.. eheh mmg kena kejar hadiah iPhone 5S ni juga..

Pagi tadi terbaca entry ahmadfaizal.com, cerita pasal dia nak kasi hadiah ni (kot kalau menang la kann) pada isteri dia yang tercinta. Kemudian teringat pulak kat encik suami saya.. hihihih.

Actually memang tak pernah kasi hadiah canggih-manggih kat suami saya sebab agak budget ketat. Bisnes kami masih belum melepaskan tahap tekanan kesempitan kewangan. Mungkin ini ujian Allah pada kami kot… huhuhu

Vision Board Kami

Sebenarnya saya dan suami kami berdua memang full time bisnes. Suami saya lepasan Aerospace USM dan saya ambik Sains Komputer di UKM. Lepas kami kahwin, masa tu di Ipoh Perak. Suami saya menguruskan bisnes lembu feedlot. Ini kiranya masa tahun 2007.

Jenuh juga nak bisnes feedlot ni, pagi2 kena kasi lembu makan dan petang kena kasi lagi. Memang tak boleh pergi mana-mana. huhu Nak jadi cerita, hujung 2007, suami saya kemalangan di ladang lembu. Jarinya termasuk dalam grinder (mesin racik batang jagung). huhuhu. 2 jari putus dan satu dapat sambung dan 1 tak boleh sambung (kesian suami saya kan.. – kalau dapat Iphone 5s dari Denaihati best jugak.. hahah)

Sejak hari itu dia berehat dari bisnes lembu. Masa tu saya dah mula ada kilang coklat di Tambun juga. Kilang kecil ja. Kemudian disebabkan bisnes cokalat lebih mudah, dia bantu saya untuk jalankan bisnes coklat dan bisnes lembu feedlot ada rakan kongsi lain yang uruskan.

Ini gambar kilang kami di Tambun.

10363523_750555811661587_6473358682044057117_n

 

Pada area tahun 2008-2011, bisnes coklat agak ok. Sebab masa tu kami adalah pioneer bisnes coklat di Malaysia. Area tahun 2011 sudah semakin merosot.  Ekspo-eskpo sudah semakin kurang mendapat jualan.

Semasa tahun 2012 kami semakin teruk masa itu, kekadang memang sale hanya lepas gaji pekerja kilang saja.

Bila keadaan bisnes semakin teruk, kami mula belajar dan pergi ke kelas-kelas bisnes. Sebelum tu rasa macam tak penting saja untuk belajar.  Bermula kami ikut program Dr Azizan, Actioncoach dan sebagainya.

Kami juga ada berjumpa dengan kawan-kawan yang sangat bagus dan bermotivasi di dalam bisnes. Antara orang sangat memberi impak kepada kami adalah Abang Wan Zaki, pemilik tudung terkenal sekarang ini, jenama Jelitasara.

Abang Zaki mengajar kami untuk membuat VISION BOARD. Tugasan ini wajib dibuat dan dipresent menggunakan video dan share gi facebook group. Akhirnya ini yang terhasil.

vision board

 

Vision board yang dibuat asing-asing suami isteri. Memang bila dapat tugasan kami terus pergi ke Czip Lee Kajang beli board dan mula google gambar-gambar yang best dan kami pergi ke kedai fotostat untuk print gambar. Printer pun tak ada ink warna masa tu.

Sebenarnya vision board ini sebenarnya kami buat dalam bulan september 2012. Agak kelakar masa buat ini. Rasa macam tak logik ja nak capai semua tuh. huhuhu, Kilang coklat yang kecil memang tak mampu untuk nak dapatkan sale beratus ribu sebulan. Dalam board ini ada satu note wang Rm5juta sebenarnya. Target setahun boleh dapat income Rm1juta setahun… hahahah bermimpi itu tak perlukan modal. betul tak?

Pada bulan Jun 2013, akhirnya saya ‘terjoin’ bisnes Shaklee, asalnya saya beli Shaklee untuk suami saya alergik. Kemudian bila masuk support group Shaklee yang sangat best.. akhirnya kami dapati….. “Inilah jalan yang Allah tunjuk untuk kami merealisasikan Impian-impian kami”.

Kami tidak ada modal nak buka bisnes lain.. kami tak da modal nak besarkan kilang kami. MLM yang asalnya sangat nagatif buat kami, menjadi satu bisnes alternatif. Sungguh Shaklee sangat berbeza dari MLM yang ada di Malaysia

Berbalik vision board tadi, bila teringat suami saya ada letak gambar iPhone di dalam vision board dia ni… so saja2 la try.. mana la tau kalau ALLAH izinkan Denaihati menjadi asbab tercapai impian ini…. impian dah 2 tahun tau.. hahah..

Tak percaya ada gambar iPhone? Meh saya zoooom sket..

1781881_10152666614078832_7237361471016234453_n

 

Kami percaya vision board adalah doa-doa yang kami lampirkan dengan gambar-gambar, agar Allah makbulkan impian kami. Serius cakap, kalau nak guna duit kami nak beli telefon iPhone sekarang memang tak mampu lagi buat masa ini (alamak, macam nak nangis pulak) huhuhu…. Hanya mampu lebih tab 2nd hand sekarang untuk meneruskan bisnes online yang menjadi sumber rezeki kami suami isteri.

Kami yakin Allah itu maha kaya dan maha memberi.

Korang percaya tak vision board ni boleh pakai ke tak…?? eheheh mesti tak berapa percaya… betul tak?

Ini satu yang saya terkejut.  Asalnya saya tak perasan benda ni…

Ada satu hari, ada orang cerita semasa pregnant bagus tampal gambar baby, lepas tu saya terus tengok vision board saya yang ada saya tepek gambar baby…. hahaha macam tak percaya… ini saya tunjuk bukti dia..

10364111_10152528033398832_9214994643871022407_n

 

 

Ini adalah gambar babu saya yang terkini, Fateh Izzudin, lahir 17 Disember 2013 di hospital Serdang.

Walaupun tak ada sama kan.. tapi memang ada iras-iras la kannn .. hahah kalau saya tau la benda ni menjadi, baik la cari gambar lagi comel2 dulu… hihihi

So….harappp adalah rejeki untuk dapat iPhone untuk hadiah kt suami saya….

Insya allah satu impian itu kita usaha untuk dapatkan dan disusuli dengan tawakal dengan Allah.

Usaha saya dengan menulis entry ini, dan tawakal dengan berdoa tiap kali solat untuk Allah memberikan rezeki.

Bak satu ayat dari buku The Power, kalau kita meminta benda besar-besar yang kita rasa macam susah nak dapat… buat satu bulatan besar, kemudian letakkan satu titik kecil di tengah-tengah bulatan. Pemintaan kita sebenarnya sangat kecil di sisi Allah, Tetapi Allah memiliki kekayaan lebih besar dari itu.

Kalau kita berimpian untuk memiliki satu banglo besar dengan kolam lengkap, sebenarnya impian itu adalah satu titik sahaja daripada keluasan muka bumi Allah ini.

Tapi yang penting, untuk apa kita memiliki nikmat itu.. ??

Untuk apa suami saya memiliki iPhone tersebut?

Insya allah kami suami isteri adalah pengiat dakwah NGO IKRAM, insya allah dengan gadget yang ada, akan diutilisekan untuk kerja2 dakwah kami juga.. Insya allah…

ehehe panjang pulak saya membebel kt sini…

Harap terhibur dengan cerita saya kali ini.. .hahaha…

Terima kasih kepada yang sponsor hadiah iPhone kita..

Kredit to..

1. http://ejamothman.com
2. http://www.eridy.com
3. http://www.hilalazmi.com
4. http://eizil.com/
5. http://asamboi.my
6. http://www.diarymama.com
7. http://pendekarberkuda.org
8. http://www.saji.my
9. http://abangensem.com
10. http://www.enveeus.com
11. http://www.pakarniaga.com
12. http://anarm.net
13. http://www.daddydee.net
14. http://www.sunshinekelly.com
15. http://sweetkurma.com
16. http://awn.my
17. http://mawarmerah2008.com
18. http://www.blogieta.com
19. http://www.broframestone.com
20. http://www.akmaomar.com
21. http://khairilmazri.com

Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

Buku Denaihati

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

3 thoughts on “iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

  1. billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya
    p/s: sila lihat mesage di FB ada sedikit isu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!