Gagal Kempiskan Perut? Fahami 7 Punca Ini..

kempis perut

1. Anda Makin Tua

Setiap wanita akan mengalami menopous. Micheal Jensen, MD, professor perubatan mengatakan, jika wanita mengalami kenaikkan berat badan selepas menopous, tempat yang paling mudah menjadi sasaran ialah perut. Semasa menopous, penghasilan hormon estrogen dan progesterone juga semakin perlahan. Perubahan demi perubahan inilah antara punca lemak mudah terkumpul dibahagian tersebut.

2. Senaman anda tidak mencabar.

kempis perut

Untuk memerangi lemak perut yang degil, anda perlu menilai kembali senaman yang anda lakukan. Dalam satu kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Medicine and Science in Sport and Exercise, mereka yang mengamalkan senaman berintensiti tinggi akan hilang lebih banyak lemak di perut berbanding dengan mereka yang bersenam dengan berintensiti rendah. Natalie Jill, jurulatih peribadi yang bertauliah memberitahu, kita perlu bersenam dengan intensiti penuh kerana tujuan asalnya adalah untuk membakar kalori. Hanya senaman yang berintesiri tinggi mampu merealisasikan tujuan ini.

3. Tubuh anda ‘Apple Shape’

bentuk apel

Jika anda cenderung mengumpul lemak di bahagian tengah tubuh berbanding pinggul dan paha, anda sebenarnya memiliki tubuh bentuk epal. Ginetik tubuh begini memang mudah untuk mengumpul lemak di bahagian tersbut. Usaha untuk mengurangkan lemak di bahagian ini memang agak sukar, namun ia tidak mustahil.

4. Anda salah memilik lemak

Tubuh kita tidak bertindak pada semua jenis lemak dengan cara yang sama. Penyelidikan telah menemui kaitan antara pengambilan lemak tepu yang tinggi (khususnya dalam daging dan tenusu) pada peringkat lemak visceral. Dalam pada itu, lemak mono tak tepu(seperti dalam minyak zaitun) dan setengah lemak poli tak tepi (terutamanya omega 3 yang terdapat di dalam walnut, biji bunga matahari dan ikan salmon) mempunyai kesan anti radang di dalam badan dan ia baik untuk di amalkan. Namun begitu, pengambilan yang berlebihan tetap memberi kesan tidak bagus. Ambillah lemak dalam kadar yang sederhana sahaja.

5. Anda sakit?

Jika tahap testosteron anda tinggi, mungkin sesuatu berkaitan sindrom polistik ovari(PCOS) sedang berlaku. Inilah punca anda sukar menurunkan berat badan. Jika tubuh anda jenis epal dan terlebih berat badan, segeralah berjumpa doktor. Selain PCOS, mungkin juga anda berisiko untuk mendapat penyakit lain yang lebih berbahaya.

6. Anda kurang motivasi

Untuk mengurangkan lemak di perut, ia memerlukan kombinasi pengambilan diet rendah kalori. Pastikan anda mengambil makanan serat tinggi dan rendah karbohidrat. Usah lupa untuk melakukan senaman kardio dan latihan berat. Apabila anda faham semua perkara ini dengan mudah, motivasi untuk melakukannya akan menjadi senang dengan sendiri.

7. Anda kurang tidur.

Jika anda tidur kurang daripada 6 jam setiap malam, anda akan mengalami kesukaran untuk mengempiskan bahagian perut. Terdapat satu kajian yang melibatkan 70,000 orang wanita. Dalam kajian ini, mereka mendapati orang yang tidur 5 jam atau kurang adalah 30% berpotensi untuk mengalami kenaikan berat badan. Ini berbeza bagi mereka yang tidur selama 7 jam. The National Institute of Health mencadangkan agar setiap orang dewasa tidur kira-kira tujuh hingga 8 jam setiap malam.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!