Fateh Izzuddin Sudah 1 tahun

Fateh Izzuddin

17 Disember 2014, cukuplah umur anak saya yang nombor 4, Fateh Izzuddin. Teringat kenangan setahun yang lepas, semasa bersalinkan Fateh di Hospital Serdang.

Fateh Izzuddin
Fateh Izzuddin

Pengalaman saya sepanjang 3 orang anak sebelum ni, saya memang bersalin tepat masa masa due date. Memang tepat.

Untuk kes Fateh ni, dalam dua minggu sebelum due date, saya ada kena GDM (Kencing manis semasa hamil). Jadi disebabkan kes GDM ini, saya mesti lapor diri di hospital pada 16 Disember 2013 juga. Kemudian doktor ada cek perkembangan. Samada induce untuk paksa bayi lahir.

Tapi, masa ini, saya dan suami pernah belajar Ilmu Tarikh Lahir.. kami buat kiraan, sekiranya lahir 16hb… personaliti dia lagi baik bila bersalin pada tarikh 17hb. jadi.. suami pun berdoa penuh harapan supaya saya bersalin 17hb juga…

Disebabkan memang hendak bersalin 17hb punya pasal, lepas maghrib baru saya ke hospital Serdang untuk lapor diri. Tapi masa maghrib tu memang sudah ada kontraksi yang sekejap-kejap.

 

Fateh kena paksa pakai tudung.. hihi
Fateh kena paksa pakai tudung.. hihi

Dalam pukul 10 baru selesai mendaftar untuk masuk ward, tapi malam tu, macam biasa di hospital Serdang tu, wad memang penuh.

Memang hanya bersedia di bilik standy dibelakang kaunter.

Kali ni saya guna memang ambik ubat homeopati untuk cepatkan bukaan. Memang alhamdulillah progress bukaan bawah berlaku dengan baik.

Alhamdulillah… lahirlah bayi lelaki yang sungguh comel dan kami namakan FATEH IZZUDDIN pada pukul 2 pagiii.. hihi org semua tengah tidur dan suami saya pun tengah lena kat tempat menunggu

Kenapa FATEH IZZUDDIN?? – Memang mahu mengambil nama Sultan Muhammad Al fateh yang sangat bijaksana dan sebaik-baik tentera. Dan kami pun memang ada beli buku nama-nama Islam yang kami beli dari Indonesia, buku dia nama-nama dalam tu agak menarik, nama dia agak lain daripada lain.

Pada makcik-makcik semua, tolongkan ek doakan Fateh menjadi anak yang soleh dan akan menjadi pejuang ISLAMMMM!! Ameen

2014-09-15 18.04.59

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

One thought on “Fateh Izzuddin Sudah 1 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!