Cara Menghilangkan Bau Busuk Peti Ais

peti ais busuk

Salam semua….

Sapa pernah jadi peti ais dia menjadi busuk dan menyebabkan benda lain dalam peti jadi busuk jugak?

peti ais busuk

Alhamdulillah, saya masih berada di dalam trimester awal kehamilan, dan saya memang jenis alahan bau-bau. sebelum ni alah  dengan bau rumah, masuk rumah ja confirm saya akan muntah… hahaha…

Tapi kali ni bau peti ais…. tiap kali peti ais dibuka, memang rasa nak muntah sangat-sangat… uweeeekkkkk… grrrrrr.

Sebenarnya saya pun pelik kenapa peti ais saya jadi busuk, saya dah buang semua barang yang tak elok.. tapi still berbau, sampai bau ayam dan telur pun jadi bau yang sama.. maksudnya bau busuk tu absorb kt telur yg saya masak. Sampai saya tak lalu nk makan telur tuh.

Cuba cari info di dalam google lain.. dapatlah beberapa petua yang boleh dipakai.. yeahhhh boleh cuba nanti… harap menjadi…

 

1. Gunakan roti sebagai penyerap bau

•Caranya: keluarkan roti dari plastik, masukkan 2-3 keping roti di dalam peti ais, selama 5- 14 hari sehingga roti menjadi kering. Roti akan menyerap segala bau di dalam peti sejuk.

2. Menggunakan esen vanilla sebagai penyedap bau

•Caranya: Sediakan mangkuk air paip dan titiskan beberapa titik esen vanilla dan letakkan dalam peti ais . Kesannya ia akan mengeluarkan bau yang harum.

•Cara Kedua: Selesai membersih peti ais, tuangkan sedikit esen vanilla pada sehelai kain bersih dan sapukan ke seluruh bahagian peti ais dan susun kembali barang seperti biasa. Kesannya peti ais akan berbau segar.

3. Menggunakan arang untuk menyerap bau peti ais

•Letakkan 2-3 ketul arang di dalam peti ais. Arang tadi berfungsi menyerap segala bau yang kurang enak di dalam peti ais.

•Cara kedua: Letakkan ketulan arang tadi bersama dengan beberapa hirisan buah limau purut. Bau itu akan hilang dengan sendirinya.

4. Menggunakan nenas sebagai penyerap bau

•Caranya: Letakkan beberapa kepingan kulit nenas ke dalam peti ais. Biarkan selama beberapa hari sehingga kulit nenas kecut lalu, gantikan dengan kepingan kulit nenas yang baru.

5. Soda Bikarbonat

•Caranya: Ambil beberapa sudu soda dan bancuhkannya bersama air. Ambil kain dan lapkan di sekeliling bahagian peti ais. Hasilnya bau akan lebih cepat hilang.

Itu sahaja petua dari dapur yang dapat kami kongsikan. Semoga anda dapat menyelesaikan masalah peti ais berbau. Kalau boleh jangan membeli peti ais murah dan terpakai jika anda kerap menggunakan peti ais itu untuk meletakkan pelbagai makanan.

670px-Remove-a-Fish-Smell-from-a-Refrigerator-Step-2

Masukkan air di dalam bekas

670px-Remove-a-Fish-Smell-from-a-Refrigerator-Step-3

 

Masukkan soda bikarbonat
670px-Remove-a-Fish-Smell-from-a-Refrigerator-Step-6

 

Keluarkan semua barang peti ais, dan lap keseluruhan peti ais.

 

*** Kredit gambar daripada wikihow

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!