4 Perkara Menarik di Buffet Ramadhan di De Palma Shah Alam

IMG_6107

Salam semua pembaca mamaAlya.com

Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat meluangkan masa untuk berbuku puasa di Hotel De Palma Shah Alam masa 4 Ramadhan lepas. Yang lebih excited tentukan anak-anak saya sebenarnya..

“Ummi, kita tido hotel ye ummi…”

“Eh.. tak.. kita pergi makan berbuka jek..”

IMG_6078
Seriusnya driver kita nih…. hihihi dalam perjalanan ker hotel

 

Ini pengalaman pertama kami sekeluarga berbuka di Hotel De Palma nih. Memang tagline “Syariah Compliance” mengujakan kami untuk berbuka di sana. Secara peribadi, saya suka suasana hotel ini, umpama ada satu ruh  yang sangat mendamaikan suasana hotel ini.

Kami sampai di hotel dalam kira pukul 6 petang. Sempat juga bersembang-sembang orang yang sama berbuka di hotel tersebut.

IMG_6089

 

Harga Buffet Ramadhan De Palma Shah Alam.

Dewasa – RM68

Kanak-kanak – RM35

Diskaun 10% Buffet Ramadan di De Palma Hotel

Berita baik buat pembaca setia blog ini. Anda hanya perlu hubungi 03-5542 8080 ext 611/608/405/406 untuk tempahan. Nyatakan nama blog mamaalya.com untuk menebus diskaun. (hanya untuk tempahan sahaja)

Apa Yang Menarik di Buffet Ramadhan di De Palma Shah Alam??

1. Masakan Sajian Bonda yang sangat menyelerakan

Masakan di hotel ini, saya kasi 5 bintang laa.. memang sedap dan rasa macam mak kita dapat dekat rumah, cukup rencah dan cukup rasa. Dengan hidangan yang ada pelbagai jenis sampai mata rambang untuk yang ambil yang masa satu. Memang satu hari memang tak cukup untuk rasa kesemua menu yang ada. Rasa kena pergi hari lain pula nanti.. hihi

Jom kita layan gambar-gambar menu yang ada masa buffet tersebut..

AgziHQzU2EiS5X2Xwg_n2OK2Hl_rFsqG3-kjrQiyCCQT - Copy
Ini semua lauk-lauk untuk makan nasi putih. pergh.. mmg meletup la part nih
Ahcag3xVW3Y24iEoFB-6drCQxJS_47RqAw-GHA_Mmgqc
Ikan keli pun ada tau… siap siang yang fresh lagi.. memang rasa ikan keli yang digoreng tuh manis aja…
AmvB_w180WyyeakmMrJMHtGa6y-UPGW7vxMifg3KTLfs
Takut fateh tengok kambing bergantung nih.. hahah.. ini menu paling ramai orang beraturrrr…
AuckYgS6DbV2ikBYumWc2oSOWVm0eqQcnO1jYrOFQq9k
Kakak roti john… selfie sket…. hihih
IMG_6098
Mak Buyong tengok buah-buah nih yang tak tahan nih… fuh.. meleleh
IMG_6099
Aneka jenis kerabu, ikan masin pun ada.. rambang mata ai tauu
IMG_6104
Gulai asam, memang rasa gulai asam ori Melaka.. memang best!!
IMG_6106
Part ini yang saya paling suka sekali.. dessert… ceduk je cik kiah semuaa… rugi tak tak rasa..
IMG_6107
Colourful kan… macam-macam warna kek dan pastri ada…
IMG_6108
Lagi dessert.. paling best tuh dia, puding karamel tuh..
IMG_6109
Konsep ala kampung yang sangat menarik, hidangan di atur di atas macam pangkin, dan ada pelayan yang akan melayan anda.
IMG_6110
Nasi Dagang, Nasi Kerabu..
IMG_6121
taraaaaa, ini meja kami.. hihi.. makanan yang diambil sebelum azan maghrib dilaungkan
IMG_6130
Feeling macam Raya pulak makan rendang ayam, rendang daging dan serunding nihhh
IMG_6132
Iffat dah berbuka puasa dulu sebelum orang berbuka.. hihi.. tak sabar dahhh
IMG_6120
Saya pun tak sure apa nama nih.. tapi dia mix ayam dan sayur-sayur..
IMG_6102
Port buah-buahan…
IMG_6137
ehhhh ada pulak orang tuh sibuk dan snap gambar makanan jugak.. hihih

 

2. Persembahan Nasyid Kumpulan Soff-One.

IMG_6139

Memang setiap hari kumpulan Soff One akan ada untuk menghiburkan orang yang datang berbuka di sini. Mereka sempat mendendangkan beberapa lagu sebelum forum Selebriti dan bersambung selepas forum selebriti.

Sebenarnya kumpulan ini memang agak nostalgia bagi saya, ye la. kumpulan nasyid yang dah lama kan.. teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu pulak.. hihihi..

 

3. Forum Selebriti.

IMG_6155

Forum Selebriti juga di adakan setiap malam, ada 4 orang ustaz yang bergilir-gilir untuk memberikan forum. Masa kami berbuka malam tuh, giliran Ustaz Ibu Hubain. Tajuk yang disampaikan adalah berkenaan dengan Salam.

Ustaz-ustaz lain yang akan bersama di Hotel ini adalah Ustaz Ghazali, Ustaz Jafri dan Ustaz Hafiz. Tajuk forum adalah berlainan sepanjang sebulan Ramadhan.

Masa ceramah.. sambil layan lagi menu-menu yang ada.. hihi bayar mahal-mahalkan.. kita isi perut kita sampai kenyang. Nanti dah balik kempunan pulak.. hahah..

IMG_6152
ini rusa mana pulak Alya Nabeelah oiii
IMG_6163
My big boss.. and my small boss… hihi comei2 Fateh buat peace tak jadi…

IMG_6131

4. Solat Terawikh Berjamaah Di Surau Nurul Iman.

Setelah kenyang makan… masa untuk menyambung ibadah di dalam bulan Ramadhan. Setelah mengisi perut, kita isi pulak rohani kita.

Alhamdulillah, Hotel ini juga menyediakan peluang untuk solat Terawikh bersama-sama di surau Hotel. Surau yang agak luas dan dengan aircond yang dingin memberikan suasana yang sangat tenang untuk bersolat.

IMG_6175

Alhamdulillah…  Alya Nabeelah dan Alya Nabeehah dapat join sekali solat terawikh di surau Nurul Iman. Sebenarnya ini adalah antara usaha kami untuk expose anak-anak dengan suasana ramadhan. Biar mereka rasa suka dan excited. Melentur buluh biar dari rebungnya. Nanti dah besar-besar susah dah nak paksa kalau tidak biasa dari kecil kan.

Saya pun sempat berjemaah sekali setelah Fateh pun sudah tidur kepenatan.. hihi

IMG_6176

Alhamdulillah selesai semua… makan sudah, solat maghrib pun sudah.. pengisian jiwa sudah.. nasyid pun sudah.. solat tarawikh pun sudah… lengkap satu malam Ramadhan yang lengkap…

Pada saya, semua hotel boleh mencontohi hotel De Palma nih. Kita bukan sekadar datang makan dan terus balik. Pakej yang disediakan oleh pihak hotel ini memang sangat menarik.

Pada saya, kalau ada syarikat-syarikat hendak reward staff ke kan.. memang Pakej Buffet Ramadhan ini adalah terbaik untuk staff anda. Mereka akan dapat pengisian fizikal dan rohani sekaligus. Semoga dengan usaha itu, kita pun dapat pahala juga.

Jangan lupa ye, kalau ada mahu mendapatkan diskaun 10% untuk buffet Ramadhan ini, boleh membuat tempahan tiket di 03-5542 8080 ext 611/608/405/406 dan NYATAKAN nama blog MAMAALYA.COM untuk mendapatkan diskaun tersebut. Tawaran ini tidak valid untuk walk in.

Selamat Berbuka Puasa!

Ikhlas

sign

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

One thought on “4 Perkara Menarik di Buffet Ramadhan di De Palma Shah Alam

  1. Bestnyer kak, bila lihat suasana hotel ni. Tak semua hotel menyediakan pakej lengkap begini, makanan fizikal ,ruhi dua2 terjaga. Siap ruang untuk solat terawih yang selesa. Memang sangat sesuai untuk famili :-).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!