Bertungku dengan Daun Herba, Amalan Berpantang Yang Wajib di Buat.

P9020136a

Salam semua…

Dah lama tak update blog nih.. saya pun baru habis berpantang.. ingatkan nak buat sharing semasa berpantang, kami badan tak sedap nak duduk lama2 depan laptop sebenarnya..  So memang hold sampai habis pantang ….

IMG_20140119_082750

Hari nih jom kita baca pasal BERTUNGKU yer…

Seperti mengurut, bertungku juga dilakukan di seluruh badan kita juga, seperti di perut, hulu hati, bahagian pinggang, paha, belakang badan, tangan dan tapak kaki serti tumit kaki.

Biasanya bertungku dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari dalam tempoh berpantang. Tempoh masanya adalah setengah jam atau tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petanag selama tempoh berpantang.

Amalan ini menggunakan batu panas yang dipanaskan di dapur gas selama 5 hingga 10 minitd dengan api yang sederhana. Apabila sudah panas, batu tungku dilapik dengan kain yang dibalut dengan beberapa lapis kain bersama daun-daun pilihan.

15122010463

Tujuan utama bertungku

– untuk mengecutkan peranakan.

– Menghangatkan rahim

– Melancarkan darah nifas keluar.

Selain itu, bertungku di bahagian perut dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim, menaikkan ari-ari dan menempatkan kembali “batu merian” (rahim) pada kedudukan asal. Ia juga menambahkan keberkesanan urutan yang telah dilakukan sebelumnya.

Sebaiknya amalan bertungku dlilakukan selepas keadaan perut tidak lagi bengkak. Bagi yang bersalin normal, jenis tungku yang digunakan ialah besi dan batu. Namun, kepada anda yang bersalin secara caesarean, hanya bertungku jenis baru sahaja.

Khasiat daun pilihan tungku

Untuk memberi kesan yang lebih baik ketika bertungku, batu yang telah dipanas tadi di alas dengan dedaun. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekali gus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.

Antara daun yang biasa digunakan ialah, daun tutup bumi, daun sirih, daun serai, daun pandan, daun senduduk, daun mengkudu, daun lengkuas, daun kapal terbang dan daun kunyit.

Istimewa amalan ini, apabila daun terkena batu tungku yang panas ia turut menghasilkan bau wangi seakan aromaterapi yang membuatkan anda yang memberi rasa selesa ketika sedang bertungku. Malah ia juga mempunyai khasiat tersendiri. Misalnya daun sirih, daun kunyit dan daun lengkuas dikatakan dapat mengeluarkan angin dalam badan. Manakala daun pandan dan daun senduduk dapat melembutkan urat. Manakala daun serai boleh mengecutkan peranakan.

Point untuk bertungku

10877923_865389900148400_418229632_n 10921928_865389863481737_597785608_n 10945380_865389886815068_617769586_n 10947495_865389860148404_695614174_n

 

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!