Belajar Bagaimana Puan Wani Membuat 9 Jenis Tabung Sampai Boleh Pergi Umrah dan Bercuti di Legoland

1975270_10153369333437677_4812136417707473293_n

Salam semua pembaca mamaalya….  Di sini saya ingin berkongsi satu sharing yang sangat menarik oleh puan Wani di facebook.  Saya berharap sharing ini dapat memberi manfaat ramai orang untuk mengurus kewangan keluarga di saat ramai orang mengalami kesempitan kewangan sekarang.

*******************************************

 

Alhamdulillah, hampir ke penghujung 2015 yg penuh pahit manis. Tahun yang agak mencabar dengan kenaikan
kos sara hidup dan kemelut kewangan. Tiada cara lainuntuk mengatasinya, hanya 2 cara iaitu:
1. Menambahkan pendapatan
2. Mengurangkan perbelanjaan

Disclaimer:
Yang saya kongsikan disini hanyalah cara tabungan seorang marhein amatur ya. Jika anda ada idea tabungan lain yg lebih menarik, boleh kongsikan diruangan komen. Sharing is caring gitu :D

1975270_10153369333437677_4812136417707473293_n

 

Bismillah…

Ini tabungan fizikal saya spnjng 2015… Setiap tabung ada fungsi masing².. Setakat ni, Alhamdulillah berjaya disiplinkn diri dan tak tergoda utk seleweng duit tabung, walopun x berdosa pun seleweng tabung sndr.. Mari berdisiplin menabung… Menabung amalan mulia.

1916987_10153369333427677_8590636099120016678_n

 

TABUNG KECEMASAN

Jumlah Tabungan:
RM300 setiap bulan.

Tempoh Matang:
Setiap bulan, bila² masa memerlukan.

Contoh Penggunaan:
Rawatan perubatan anak di klinik.. Since kami suami isteri ni civil servant, tiada klinik swasta yg nak bg rawatan percuma, terpaksa la wujudkan tabungan khas… Kalau dlm bln tersebut, duit ada baki, just carry forward utk next month..

Utk mereka yg mmg dah ada klinik panel, boleh guna tabungan ni untuk situasi lain… Contohnya, tetiba bateri kereta kong ke, nk kena tukar tayar ke.. Definisi cemas tu sndr berbeza bg setiap keluarga, kan? smile emoticon

2016:
Tabung ini akn dikekalkn dgn jumlah yg sama (masih juga share 50:50 dgn suami). Penambahbaikannya, nak simpan semua resit yg nk claim guna tabung ni, so bleh tau apa, berapa, bila yg cemas benoo tu

 

1934609_10153369333432677_8978939316363827879_n

 

TABUNG PERCUTIAN


Jumlah Tabungan:
RM200 setiap bulan.

Tempoh Matang:
Cuti sekolah pertengahan penggal atau cuti sekolah akhir tahun.

Contoh Penggunaan:
Tahun ni, abg hadif berzikir nk g Legoland.. Kalau sesaja nk pergi tanpa bajet, azab jugak kot.. Tiket mahal, minyak, tol, hotel, mkn minum etc… Jadinya dr awal tahun dah set nk g Legoland hujung thn nnt, dengan syarat abg hadif kena habiskan Iqra 3 dan Bacalah Anakku 6..

Bulan Okt yg lps, abg hadif berjaya habiskan Iqra 3,tp kurang lancar pada hukum ‘nun mati’ dan ‘sabdu’maka kita repeat blk spnjng awal cuti sekolah… Kat kedai mkn smntara menanti order pun baca Iqra jugak…

Hasilnya dpt la g Legoland beberapa hari lps.. Slps tolak duit beli tiket masuk Legoland, short vacay di Bukit Tinggi n check in hotel kat Tganu, ada baki dlm 1.5k lg utk 2mlm stay kat hotel, minyak, tol, makan minum n blanja2 lain…

Seronok ada tabungan ni.. Selain utk reward kejayaan anak, dpt jugak reward diri sndr yg penat bekerja.. Gini je la marhein reward diri.. Takde la smpai gi London, Ostolia bagai grin emoticon

Dah ada tabung ni, berenti makan pun, order je apa nak… Kat restoran ikan bakar pun, order segala jenis seafood tanpa ragu2 sbb tau ada tabung nk bayarkan… Makan kat restoran dlm Legoland yg serba mahal tu pun, boleh la mkn tanpa susah hati… Syok sbb tak kacau duit simpanan tabung haji or gaji bulanan…

Tahun2 sblm ni, pernah guna tabungan ni utk ke Melaka, Morib Gold Coast, USS Singapore etc… Dkt2 je pun bercutinya tongue emoticon

2016:
Tabungan ini dikekalkn dgn jumlah yg sama dan pencarum yg sama 50:50 husband n wife… Baki 2015 ada lg RM179… grin emoticon

P/s: semua org mampu bercuti… Berapa nk contribute monthly bergantung bajet masing².. Paling tidak, if simpan sorang rm25 pun, sebulan husb-wife dah ada rm50, setahun dah ada rm600… Ok la tu kan

10334268_10153369333522677_3333912071732580222_n

 

TABUNG ABANG & ADIK

Jumlah Tabungan:
Tidak tetap.. Mengikut berapa jumlah yg disedekahkan oleh saudara mara dan rakan taulan.

Tempoh Matang:
Setiap kali selepas musim perayaan. Biasanya setahun sekali, lps habis Syawal akn bank in duit ni ke Tabung Haji… Kalau sblm Syawal dah byk terkumpul, akn belikn emas for both kids.

Contoh Penggunaan:
Bukan untuk digunakan sewenang²nya.. Ini wang milik anak².. Ibubapa hanya pemegang amanah.. Boleh digunakan untuk tujuan pendidikan anak² shj… Jgn dok guna buat tukar sport rim plak tongue emoticon

Utk abg dan adik, seawal usia 2bln, mereka dah ada tabungan sendiri di Tabung Haji dan akaun emas di Kuwait Finance House.. Sumber dana utk 2 tabung ini, selain sedekah org ramai, dicarumkan juga RM25 seorang setiap bln melalui potongan gaji terus ke akaun TH…

Duit adik setakat ni belum terusik… Duit abg ada dh guna 2k masa g umrah n few hundreds utk cover yuran tahunan tadikanya yg mencecah 1.8k tu…

2016:
Tabung masih dikekalkan.. Actually, saya byk follow arwah abah bab pengurusan kwgn ni.. Abah dulu gaji kecik je, ank 7org.. Tapi ttp buat potongan gaji rm5 setiap ank terus masuk ke TH.. Duit² raya plk masuk akaun BSN.. Masa form 1 dok kat asrama, abah bgpegang buku BSN sndr utk kegunaan jika perlu.. Bila masuk metrik plak, dpt pegang buku akaun TH sndr..
RM5 yg abah simpan bulan² tu, menghasilkan lebih dari 1k jugak masa saya di metrik.. TQ abah smile emoticon

10612695_10153369333527677_1052800490360641091_n

 

TABUNG TONE EXCEL

Jumlah Tabungan:
Tidak tetap. Mengikut jumlah komisyen diberikan.

Tempoh Matang:
Erkk.. Belum tetapkn tempoh matang.. Tabung baru bermula Mac 15.

Contoh Penggunaan:
Belum pernah digunakan. Cadangan asal nk reward diri beli apa² yg disukai tapi rasa mcm membazir pulak.. InsyAllah akn digunakn sbg modal awal pelaburan ke mana² unit trust yg patuh syariah.

Komisyen tone excel adalah pendapatan pasif saya. Bila topup, dpt komisyen.. Rekemen pd kawan², dpt komisyen lg… Kawan² topup fon pun kita dpt komisyen… Nilai sen² tu bila dikumpul byk jugak rupanya grin emoticon

Saya tak gunakn duit ni sbb mmg anggap duit ni x wujud… Apa tak nya, berbelas tahun guna meksis, sekupang pun x dpt apa… Hihihi tongue emoticon

2016:
Tabung dikekalkn.. Jom bertukar kpd tone excel

 

12390895_10153369333537677_3751557203489664683_n

TABUNG SYILING


Jumlah Tabungan:
Tidak tetap. Mengikut jumlah lebihan syiling yg ada.

Tempoh Matang:
Serentak dgn tempoh matang Tabung Abg Adik… Akan bank in sekali di Tabung Haji..

Contoh Penggunaan:
Sama seperti kegunaan tabung abg adik..

2016:
Tabung dikekalkn

1937172_10153369333622677_8612826451794557097_n

 

TABUNG BISNES

Jumlah Tabungan:
Modal maksima hanya RM1.2k..

Tempoh Matang:
Sekiranya melebihi 1.2k, akn di bank in ke akaun bisnes di bank.

Contoh Penggunaan:
Belian barang niaga dan terimaan hasil jualan secara cash..

2016:
Tabung dikekalkn smile emoticon

Sedikit info, saya mulakan bisnes dgn modal RM0.. Berniaga secara dropship shj.. Ada org order brg dan bayar duit, baru saya placed order pada supplier.. Mmg tak berani langsung nk keluarkn modal sndiri.. Nk buat loan utk modal bisnes lagi laaa tak mungkin… Jadinya simpan la sikit² duit untung berniaga.. Untung dua ringgit pun simpan jugak… Alhamdulillah,
hasilnya dah mampu borong barang niaga, ada stok sndr dan ada ejen dropship sndr… Modal utk borong barang
semuanya hasil keuntungan seringgit dua yg disimpan berdikit² tu…

Berniagalah sekalipun engkau telah kaya

10336728_10153369333642677_4768114521045904138_n

TABUNG UMRAH / KERETA


Jumlah Tabungan:
Tidak tetap. Mengikut jumlah lebihan gaji yg ada. Ok, klu nk diikutkan mmg takkan ada lebihnya gaji klu kita belanja sblm menabung.. Disiplinkn diri menabung sblm belanja..

Kenaikan gaji tahunan TANPA penambahan tanggungan adalah WAJIB disimpan. Contohnya gini, Julai 2015
saya dpt kenaikan gaji tahunan RM225.. Tiada penambahan tanggungan bermaksud tiada baby baru atau
hutang baru ketika itu.. Jadinya RM200 wajib simpan.. Selain tu, saya main kutu sekolah RM300 sebulan Jan-
Okt, jadinya lebihan 300 pada Nov dan Dis wajib disimpan juga..

Tempoh Matang:
Akan di bank-in ke Tabung Haji jika mencapai 1k..

Contoh Penggunaan:
Sehingga Feb 2015, Alhamdulillah tabungan mencukupi utk kami sekeluarga ke tanah suci, maka bermula Mac
2015 target adalah utk settledkn loan kereta yg masih berbaki puluhan ribu (pitam sat)

2016:
Tabung dikekalkn smile emoticon

9851_10153369333627677_684052168490376975_n

 

TABUNG PENALTI

Jumlah Tabungan:
Bergantung kpd kutipan. RM5 penalti jika menggunakan smart phone pada family prime time (6pm to 10pm)

Tempoh Matang:
Ntah la bila nk matang.. Kutipan tak memberangsangkn sbb byk ngelat tongue emoticon

Contoh Penggunaan:
Ada pun sikit.. Tak gamak nk guna..

2016:

Tabung dikekalkan. Penalti di tambah, selain penalti 2015, RM5 turut dicaj sekiranya menggunakan gajet di
meja makan.. Saya personally mmg rasa bersalah kat anak²… Pergi keje seawal pagi, blk sekitar jam
2.30pm.. Uruskn bisnes, pos brg, layan kastemer.. Ptg dah penat… Uruskan kerja² dirumah pulak (tu pun
husband bykkk bantu).. Bila ank blk dr tadika, dah penat nk layan depa.. Bila penat, mula la nk marah…
Kesian anak².. Moga² 2016 ini, segala khilaf dpt dibaiki.. Saya berazam nk gunakn masa 6-10pm sebaik
mungkin utk ank² tanpa gangguan gajet.. Saya mengaku kecanggihan teknologi dan kos sara hidup yg tinggi
sememangnya telah menarik masa² emas yg sepatutnya diluangkn dgn anak² frown emoticon

7337_10153369333702677_7015302716736613194_n

 

TABUNG MATA WANG ASING

Jumlah Tabungan:
2-3 keping je setiap mata wang.

Tempoh Matang:
Tiada tempoh matang.. Untuk kenang²an shj..

Contoh Penggunaan:
Bkn utk digunakan tongue emoticon

2016:
Tabung dikekalkan.. Sekadar menyimpan wang asing dari negara² yg pernah dilawati… (Bkn wang asing beli kat money changer tau..kihkih)

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

15 thoughts on “Belajar Bagaimana Puan Wani Membuat 9 Jenis Tabung Sampai Boleh Pergi Umrah dan Bercuti di Legoland

  1. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ puan, saya kagum dengan cara puan untuk menyimpan wang. Tahniah & terima kasih atas perkongsian. Sekiranya berminat untuk melabur dlm unit trust patuh syariah, boleh hubungi sy di 017-681 6034. Boleh melabur dgn Akaun 1 KWSP ataupun cash.

    1. Kepada yg tanya pasal Tabung Anak Yatim. Sy sahabat kepada Pn Wani. Utk pengetahuan sedara.. pn wani ada team yg buat keja2 amal. So tak payah nak sindir sgt ya. Hehe

  2. Asssalam saya berminat ingin tahu cara menabung mcm diatas,blh kngsikn,sebab saya menggunakan kaedah sendiri tp xderla sampai byk bgitu,kalu sudi kita boleh wasap,blh kngsikn dlm emel nom hp untuk mudah berurusan,itupun jika tak keberatan

  3. Good…
    Sebenarnya cukup x cukup atas kita kan..
    Betul..Simpan dulu sblm blnja.
    Dah baki simpan br blnja!
    Dan mesti disilpinkan diri..
    Saya pun byk ‘tabung’ tp maya le..
    Bila dh gj trus trsfer ke tabung2 bkenaan -insurans,pdidikan dll. Main kutu pulak utk vacation! Manakala bonus tu spare je nk topup mana2 tabung

  4. Alhamdulillah..tahniah puan.. jadi motivasi pada setiap orang… cuma cadangan saya yang dhaif ini, duit2 dalam tabungan yang tak diguna tu, mungkin boleh diberi pada orang yang memerlukan.. maafkan saya mungkin sudah ada dlm list puan..

    InsyaAllah saya pun suka dengan cara ini :)

  5. huhu…good info..klu kije office hour 8-5 mmg lg bsalah kot..plus mmg xsmpt dh nk wat side income…huhu..kn cr strategy ln yg lbih mesra pkerja normal office hour…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!