Bagaimana atasi kerap kencing semasa hamil?

pregnancy-water-main

Opsss..Nak kencing lagi!. Hendak cerita malu. Namun itulah hakikatnya buat segelintir ibu hamil yang terpaksa berdepan masalah kerap buang air kecil semasa hamil. Malah sedikit tekanan seperti batuk dan bersin pun boleh membuatkan anda terkencing.

Jangan risau, ini adalah normal dan masalah biasa yang dialami oleh ibu hamil. Bahkan ia merupakan tanda- tanda awal kehamilan dan akan berlaku dengan kerap ketika anda sudah dihujung- hujung kehamilan.

Penyebab

1. Peredaran darah

Faktor utama ialah peredaran darah ke buah pinggang semasa tempoh hamil meningkat sehingga 60%. Peningkatan peredaran darah ini melibatkan pertambahan 25% urin. Rasa kerap kencing ini terjadi sekitar minggu ke 9 hingga ke 16 kehamilan dan ia akan berulang apabila anda berada pada trimester ke 3.

2. Tekanan pada rahim

Apabila rahim mula membesar, ia akan menyebabkan tekanan pada area pundi kencing. ini menyebabkan anda akan ke ke tandas dengan lebih kerap. Ada yang ke tandas 10 minit sekali terutama 3 bulan terakhir. Dengan kencing yang kerap anda perlu menggantikan kembali cecair yang hilang dengan kerap meminum air kosong sehingga 8 gelas sehari demi memastikan diri tidak dehidrasi.

Bagaimana mengurangkan kekerapan ke tandas

1. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman ringan dan bergas. Kandungan kafein dapat meningkatkan rasa ingin membuang air kecil. Mengelakkan minuman berkafein juga adalah cara naikkan hb ke paras selamat.

pregnancy-water-main

2. Amalkan senaman kegel. Senaman ini dapat membantu menguatkan otot- otot disekitar uretra. Ia bukan sahaja bagus untuk mengatasi masalah kerap kencing namun ianya sebagai persediaan melahirkan bayi kelak. Lakukan senaman ini 10 hingga 20 sehari, anda akan mudah bersalin. Insha Allah

3. Hadkan pengambilan air diwaktu malam bagi mengelakan tidur anda terganggu dengan rasa ingin ke tandas. Anda boleh minum banyak air di waktu siang.

4. Gunakan panty liner. Anda juga boleh menggunakan pelapik seluar dalam (panty liner) atau tuala wanita bagi mengatasi waktu- waktu yang tidak dijangka terutama semasa berada diluar rumah. Tiadalah masalah seluar atau kain basah dengan tiba- tiba.

Jadi masalah kerap hamil ini bukanlah masalah besar yang perlu anda risaukan. Ia adalah normal kecuali jika kencing anda kotor atau terasa sakit semasa membuang air kecil. Anda perlu rujuk kepada doktor jika anda mengalami masalah ini.

banner-naikkan-hb-1

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!