Agar kedua tangan mu tetap menadah ke langit

wpid-wp-1412751999940.jpeg

Kita semua mempunyai banyak tuntutan bukan? Baik berbentuk harta kerana hutang yang tidak pernah dapat dilangsaikan. Ada yang mahu berumah tangga namun jika tiada wang belasan ribu buat urusan walimah dan hantarannya, memang tak kahwin lah jawabnya sampai ke tua. Itu bagi yang ada calon, masalah wang.. ada pulak orang yang ada wang, ada pekerjaan yang baik, sudah memiliki rumah dan kereta… tp tak de calon pulak… Untuk yang dah kahwin pulak, isu susah nk dapat zuriat pulak. Yang sudah dapat anak pulak, ramai yang tak tau didik anak atau anak bermasalah tak dengar kata dan nakal. 1001 masalah. Setiap manusia pasti ada masalah, walaupun orang tu billionaire sekalipun tak pernah terlepas daripada masalah. Begitulah kehidupan manusia..

Keinginan dan masalah sentiasa hadir dalam hidup kita, seolah segala keinginan dan masalah ini hadir agar kita semua kembali kepada Allah swt. Seolah-olah segala keinginan ini di tunda agar kita senantiasa menadah kepada Allah swt; dan seolah-olah ampunan Allah swt tidak mampu kita ketahui, apakah sudah diberi atau belum, agar kedua tangan mu tetap rajin menadah ke atas langit.

Berbangga lah bagi yg mampu menadah tangan ke langit, kerana bukan semua orang Allah swt buka pintu hatinya untuk berbuat demikian… Nah, saat anda sudah terpilih, tentu Allah swt ingin mengabulkan keinginan mu itu, mengabulkan doa mu itu. Indah bukan…cuba fikir, berapa ramai manusia yang tak pernah memiliki kesempatan untuk berdoa? Berapa ramai yang rasa tak penting untuk berdoa? Merasa takjub dengan kehebatan diri sehingga lupa bahwa Allah swt yang bagi kehebatan itu pada dia. Berapa ramai yang kita lihat bekerja sehabisnya mengejar kekayaan namun lupa untuk berdoa pada yang memiliki segalanya…

image

 

Saudaraku, marilah kita buka pintu doa kita…

Allah swt berfirman;
“Hai manusia, kalianlah yang memerlukan Allah; dan Allah, Dia-lah Yang Maha Kaya ( tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (Surah Al-Fathir :15)

Allah Maha Besar ! Alangkah hebat pengertian ayat ini ! Setiap kalian memerlukan Allah ! Setiap kalian fakir, rakyat jelata kalian fakir, penguasa kalian juga fakir, orang kaya kalian juga bahkan fakir, apatah lagi orang miskin kalian juga fakir.. bentak Allah swt…

Wahai sang fakir ! Kepada siapakah engkau akan kembali?

“Katakanlah, ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engka berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesunguhnya Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu‘.” (Ali Imran : 26)

Masuk akal kah orang yang tenggelam meminta tolong dari orang yang juga tenggelam? Masuk akalkah seorang yang fakir miskin meminta sesuatu daripada fakir miskin yang lainnya….

Maka mohonlah… tadahlah tangan mu itu ke langit..

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

One thought on “Agar kedua tangan mu tetap menadah ke langit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!