9 Persediaan Penyusuan Sebelum Bersalin.

cara penyimpanan susu ibu

Salam semua….

Untuk yang pertama kali hamil, mesti ada perasaan, “eh boleh ke aku nak breastfeed baby aku nanti yer?”. ┬áRisau, takut semua perasaan akan timbul, lagi-lagi sering di ingatkan bahawa susu badan adalah yang terbaik.

Saya share 9 persediaan penyusuan sebelum bersalin.

1. Mulakan dengan mengumpul segala ilmu dan pengalaman daripada mereka yang pernah menjayakan penyusunan susu ibu.

2. Sumber ilmu.

  • Buku-buku dan sumber internet daripada organisasi berautoriti.
  • Kelas-kelas persediaan penyusunan susu ibu.

3. Kumpulansokongan PSi di sekitar tempat tinggal ataupun tempat kerja. Malaysian Breasfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah rakan pembimbing yang dilatih bagi memberi sokongan kepada ibu-ibu yang memerlukan bantuan dan nasihat penyusuan. Lawati laman web www.malaysianbfpc.org

4. Berbincang dengan suami atau keluarga terdekat berkaitan niat dan kesungguhan kita mahu menyusukan anak. Ajak suami supaya mengikuti kelas penyusuan dan kongsi segala pengetahuan berkaitan penyusuan susu ibu dengan suami, ibu, dan ibu mertua supaya mereka memahami dan menyikong usaha kita.

5. Pilih doktor dan hospital yang menyokong penyusuan susu ibu. Berbincang dengan doktor dan nyatakan impian mahu menjayakan PSi sejurus selepas bersalin.

jubah hamil

6. Berbincang dengan majikan dan rakan sekerja berkaitan hasrat kita menjayakan PSI selepas kembali bekerja.

7. mencari pengasuh atau taska yang mesra PSI.

8. Berlatih menggunakan anak patung bagi memegang dan mencuba posisi yang sesuai untuk PSI.

9. Mula ‘berhubung’ dengan payudara dengan mengurut payudara secara perlahan-lahan.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!