9 Amalan Di Trimester Pertama Kehamilan

tanda awal kehamilan

“Puan, anda disahkan hamil” kata Doktor yang cek kita…. (ayat dalam cerita drama.. hihih tak tau la kalau realiti macam mana). Lepas tu biasanya pelakon yang jadi suami akan menjadi happy gila tahu isteri dia dah pregnant…  kih kih kih

Masa ini memang sangat happy la kan, macam saya tak perlu nak doktor sahkan, cek UPT dah tau dah, just biasanya saya akan pergi klinik untuk scan baby bila dah besar sikit, untuk dapatkan due date.

Tak kisah la kan macam mana, tetapi paling penting dari saat itu anda harus mula menjaga kehamilan dengan baik agar bebas daripada komplikasi dan berpeluang menimang cahaya mata yang sihat.

Di sini saya senaraikan tips yang boleh diamalkan sepanjang trimester pertama kehamilan.

tanda awal kehamilan

1. Cari Maklumat.

Dapatkan maklumat apakah yang perlu anda hadapi dari trimester pertama sehingga trimester akhir kehamilan. Anda perlu mendapatkan maklumat agar anda dapat menjalani tempoh kehamilan yang sihat. Dapatkan melalui buku, majalah, surat khabar, televisyen, Internet dan lain-lain.

2. Jaga Dehidrasi

Di trimester pertama anda akan sering mual dan muntah hingga menyebabkan dehidrasi. Oleh itu, banyakkan minum air kosong, susu atau jus buah-buahansegar. Malah, minuman yang diambil secukupnya, dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit yang mungkin dihadapi.

3.Makan Secara Sihat

Anda tidak perlu makan untuk dua orang. Keperluan tenaga tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan. Ia hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan teakhir iaitu sekitar 200 kalori sehari. Pastikan diet anda mengandungi banyak buahan dan sayuran, sekurang-kurangnya lima hidangan sehari. Sediakan sarapan berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi. Sebaik-baiknya jenis bijirin penuh supaya anda mendapat serat mencukupi. Jangan lupa protein seperti ikan, daging, telur dan susu setiap hari.

4. Elak Penyebab Muntah.

Hindari pelbagai jenis bau-bauan yang kurang menyenangkan. dengan itu, ia dapat menghindarkan anda daripada rasa mual. Biasakan juga diri untuk memberus gigi selepas makan. Untuk menghindari raas mual, usahakan untuk bangun secara perlahan-lahan daripada keadaan berbaring. Jangan dilakukan secara spontan. Antara lain, makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.

5. Ikuti Pemeriksaan Antenatal

Ketika hamil, kesihatan diri anda dan bayi perlu diutamakan. Atas sebab ini, anda perlu mengikuti rutin pemeriksaan antenatal sebelum minggu ke-12 bagi membantu doktor memantau keadaan anda dan perkembangan bayi.

6. Makan Ikan.

Beberapa kajian menunjukkan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 mempunyai kesan baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak bayi di akhir kehamilan. Hal ini kerana ikan mengandungi protien, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3. Anda digalakkan makan ikan tenggiri, salmon atau sardin dua kali seminggu. Anda juga boleh memakan jenis lain seberapa banyak yang anda suka.

7. Bersenam selalu

Bersenam selalu boleh menangkis anda daripada kemurungan dan menjadikan anda lebih ceria. Pakar perubatan menyatakan senaman mempunyai kesan positif seperti serotonin dan dopamina yang membantu mengawal emoasi dan perasaan. Senaman yang sesuai untuk wanita hamil adalah seperti berjalan, berenang dan aerobik air.

8. Senaman Pelvis

Sejak dariapda kehamilan anda digalakkan untuk mengamalkan senaman lantai pelvis yang bermanfaat ketika proses kelahiran. Malah ia juga baik untuk diri anda selepas melahirkan nanti. Anda digalakkan untuk melakukannya tiga kali sehari.

9. Kurangkan kafein

Penyelidik berpendapat terlalu banyak kafein yang diambil semasa hail boleh menyumbangkan kepada risiko bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran.

Dicadangkan anda hanya minum dua cawan kopi untuk mengelakkan bayi terjejas dengan kesannya. Sebaik-baiknya beralih kepada kopi tanpa kafein, teh atau jus buahan segar. Alternatif lain ialah minum sehelas air kosong dengan perahan lemon atau limau.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!