7 Resepi Aiskrim Yang Sihat dan Berkhasiat Untuk Anak-anak

Two-Tone-Lollies-ext

salam ummi, mami semuaaa..

Viral sungguh aiskrim sumi sekarang yea.. tak pasal saya pulak dok google resepi aiskrim yang selamat untuk anak saya makan.. yea la.. kita ada pilihan kan.. bukan ke makanan yang berkhasiat itu lebih baik dan lagi best sebenarnya..

Di sini saya share kepada puan semua 7 resepi Aiskirm Yang Berkhasiat untuk di mana..

1. Aiskrim Blueberry Yogurt

Breakfast-yogurt-ice-lollies

Resepi

100g blueberry

75g granola

225g plain yogurt

2 sudu madu

250x250_zps4bezqbva

Cara Membuat.

1. Masukkan blueberry di dalam mangkuk oven. Masukkan dalam oven 30-40 saat.

2. Potong granola kecik-l-kecil.

3. Campurkan blueberry dan yogurt dan gaulkan.. kemudian masukkan granola tadi.

4. Masukkan campuran tadi di dalam bekas aiskrim dan bekukan.

5. Masukkan di dalam peti ais beku.. siappp!

2. Aiskrim Coklat.

Magic-Star-ice-lollies

Bahan

300ml plain yogurt atau greek yogurt

4 sudu serbuk koko

Madu atau stevia secukup rasa.

Cara Membuatnya

1. Campurkan serbuk koko ke dalam yogurt.

2. Tambahkan madu atau stevia untuk rasa manis.

3. Bekukan di dalam bekas aiskrim

3. Aiskrim Melon

Two-Tone-Lollies-ext

Bahan-bahannya.

500mg tembikai, 1/4 di potong kecil, 3/4 diblender

300mg honey dew

1 biji lemon

Jus Apple.(beli di hypermarket)

Cara Membuat

1. Blender buah tembikai tadi.

2. Masukkan ke dalam bekas ais krim dan bekukan selama 1 jam

3. Blender honeydew bersama apple juice dan jus lemon.

4. Kemudian tuang di dalam bekas aiskrim yg telah dibekukan tadi, masukkan ke dalam peti semula.

5. Bekukan sampai keras.

4. Aiskrim Dragon Fruit Smoothies

Mixed-Berry-Smoothie-Lolly-ext

Bahan-bahan

1. 100mg dragon fruits

2. 250mg plain yogurt

3. Madu atau stevia

Cara Membuatnya

1. Blender buah dragon fruits

2. Masukkan yogurt

3. Masukkan madu atau stevia sehingga rasa manis.

4. Masukkan dalam bekas aiskrim

5. Bekukan.

5. Aiskrim Strawberry Pelangi.

Lovely-licks

Bahan-bahan

150g buah strawberry

Gula halus

1 sudu vanilla

500g yogurt

100g coklat putih

50g hiasan berwarna

Cara Membuatnya

1. Campur strawberry dengan gula halus, lenyek-lenyek strawberry sehingga gula mencair.

2. Campurkan yogurt dan bekukan.

3. Setelah beku, dipkan aiskrim kedalam coklat putih yang telah dicairkan dan taburkan hiasan gula berwarna di atasnya.

6. Aiskrim Buahan RoketWilliam-Drabbles-Tropical-fruit-rockets

Bahan-bahannya.

Tembikai

Honeydew

Rock Melon

Cara membuatkanya.

1. Potong 3 buah tadi dalam bentuk segi tiga.2.

2. Cucuk buah tadi pada kayu pencucuk

3. Masukkan di dalam peti ais hingga keras

 7. Aiskrim Milky Strawberry

Milky-strawberry-sticks

Bahan-bahan

450g yogurt strawberry

9 biji strawberry

Cara Membuatnya

1. Potong buat strawberry saiz kecil.

2. Masukkan ke dalam strawberry yogurt tadi.

3. Masukkan ke dalam bekas aiskrim.

4. Bekukan…

250x250_zps4bezqbva

Ok selamat mencuba semua.

 

Salam sayang

mamaalya.com – 0132911762

 

 

 

 

 

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

4 thoughts on “7 Resepi Aiskrim Yang Sihat dan Berkhasiat Untuk Anak-anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!