5 Teknik Kurangkan Sakit Semasa Kontraksi Berlaku.

Pregnant Asian Woman at home with cramp leg. Woman health concept.

Salam semua pembaca MamaAlya.com

Sekarang saya sudah 7 bulan kehamilan.. hihi walaupun bayi ke lima, tapi masih gerun lagi untuk bersalin.. Sudah mula untuk refresh semula info-info untuk bersalin.

Kali ini saya ingin berkongsi teknik untuk mengurangkan sakit semasa kontraksi berlaku.

Semasa contraction berlaku memang kita akan mengalami keadaan yang kurang selesa. Semasa saya bersalin anak pertama, ini memang berlaku pada tempoh yang panjang. Masa tu contraction ada, tapi kurang kerap. Masa tu darah sudah turun dan saya terus pergi ke hospital untuk cek. Memang hospital tahan di wad. Beberapa hari juga la duduk kt Hopsital Desa Changkat Melintang masa tu, hihi biasa la tak ada pengalaman lagi. Bersalin anak pertama masa tu.

Antara teknik-teknik untuk mengurangkan sakit semasa contraction adalah.

1. Berkedudukan tegak.
Semasa kontraksi awal, sokong tubuh pada permukaan yang berhampiran. Anda boleh bersandar pada dinding, kerusi atau katil hospital. Jika perlu, anda boleh juga melutut.

2. Duduk menghadap hadapan.
Duduk berhadapan belakang kerusi dan sandarkan diri pada kusyen atau bantal.Rehatkan kepada anda pada lengan disilangkan di atas belakang kerusi.

3. Melutut ke hadapan.
Melutut dalam keadaan kaki anda dijarakka dan rehatkan tubuh dengan himpunan bantal yang banyak. Cuba selesakan diri jika memilih keadaan ini.

4. Posisi merangkak
Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. COndongkan pelvis anda ke hadapan dan ke belakang. Namun jangan sesekali lengkungkan badan anda.

5. Teknik meniup.
Jangan meneran selagi jururawat tidak menyatakan pintu rahim anda terbuka sepenuhnya, sebut … huf… huf… huf… seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut dan bersandar ke hadapan. Rehatkan kepala atas tangan dan arahkan punggung ke atas.

Teknik-teknik di atas, anda boleh mencuba mengikut kesesuaian anda sendiri. Boleh minta bantuan suami untuk mengurut bahagian belakang untuk mengurangkan kesakitan.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!