4 Masjid Yang Sesuai Untuk Ibu-ibu Membawa Anak Mereka Semasa Tarawikh

4

Salam semua ibu-ibu pembaca blog mamaAlya.com

Ramadhan sehari dua sahaja lagi… tak sabar rasanya… Semoga semua berada di dalam mode Ramadhan sudah ye.

Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan isi-isi dalam artikel ini adalah hasil pengalaman dan pemerhatian saya. Setiap ibu-ibu mempunyai ijtihad yang berbeza dan pengalaman berbeza. Mungkin ada yang setuju dan juga ada yang tidak setuju dengan point-point saya nanti.

Saya adalah ibu kepada 4 orang anak.. dua lelaki dan 2 perempuan. Anak sulong sekarang berumur 7 tahun dan paling kecil setahun 5 bulan. Dan sebenarnya saya pun tengah sarat mengandung 7 bulan sekarang.

10403067_10152875431883832_9174603270739808486_n

Sebenarnya sejak dari belajar di UKM, memang rutin di bulan Ramadhan saya dan kawan-kawan usrah akan menjelajah dari masjid-masjid untuk berbuka puasa dan terawikh. Lagi meriah bila masuk 10 malam terakhir. Memang sejak di UKM, saya akan balik kampung dihujung ramadhan.. biasa lusa nak raya baru saya balik. Mungkin ada kawan kampus yang memang excited untuk balik untuk beraya, biasa saya akan stay saja di kampus menghabiskan dan memaksimakan masa yang sangat berharga.

Bila sudah berkahwin, alhamdulillah suami saya pun memang jenis yang sama. Tapi bila bilangan anak dah bertambah, maka tidak setiap malam la untuk saya dan keluarga untuk menjelajah masjid ke masjid.

Pengalaman saya sepanjang sudah ada 4 orang anak, tidak semua masjid ok untuk kita bawa anak-anak. Ikut keadaan dan persekitaran disitu. Lagi-lagi kalau bawa di surau yang kecik. Memang sudah biasa, anak-anak saya dijeling-jeling oleh makcik-makcik kat situ.. hihi

Mungkin ada orang tidak setuju untuk bawa anak-anak kecik ke masjid dengan alasan mengganggu jemaah lain untuk beribadah. Buat saja tarawikh di rumah. Itu lebih bagus untuk seorang wanita. Tetapi bagi saya, saya lebih memikirkan tarbiyah untuk anak-anak saya. Kalau ikutkan saya sendiri, memang sangaat penat nk handle anak-anak di masjid. Kekadang saya pun tak ikut jemaah untuk control mereka atau masbuk lambat sedikit. Tetapi pada saya, yang lebih penting adalah exposure anak-anak di suasana ramadhan dan untuk mendekatkan mereka dengan masjid dan insan-insan soleh yang datang berjemaah di masjid.

Ok di sini saya senaraikan masjid-masjid yang agak ok untuk ibu-ibu bawak anak-anak puan nanti.

1. Masjid Shah Alam.

943px-Masjid_Sultan_Salahudin_Abdul_Aziz_Shah_Alam_Malaysia_(5384495109)

Pada saya ini masjid yang ranking tertinggi untuk memang saya recommend untuk puan bawa anak-anak untuk merasai suasana ramadhan. Daripada majlis berbuka sehingga la tarawikh memang sangat-sangat meriah!! Yang penting memang ramai orang lain bawa semua keluarga mereka untuk berbuka di sini. Memang anak-anak kecik besar pun sangat ramai.

Yang paling saya suka, masjid Shah Alam ada ruangan bawah untuk sesuai untuk kanak-kanak. Dan kalau jemaah yang lain memang semua solat di atas. Kiranya kalau mereka yang mahu lebih tenang dan khusyuk, lebih baik untuk solat di atas.

tarawih-masjid-negeri-shah-alam-dengan-anak-anak

Dan dibawah tersebut juga memang ada satu ruangan tertutup untuk jemaah wanita berbaring-baring berehat dan jika ada anak-anak, memang sangat sesuai sebenarnya. Persekitaran masjid Shah Alam yang sangat luas pun menjadikan suasana sangat selesa walaupun jemaah yang datang memang ramai.

Disamping itu, gerai-gerai di sekeliling masjid pun ada. Macam-macam produk dijual juga disitu.

Yang paling saya suka di masjid Shah Alam adalah IMAMnya!!.. hihi kalau Sheikh Karim yang jadi imam, memang feeling-feeling macam solat kat Mekah pulak rasa..

2. Masjid Wilayah.

wanadia_1

Masjid wilayah pun agak ok walaupun tidak la sehappening masjid Shah Alam. Persekitaran masjid yang luas memang memberikan keselesaan.

Untuk kanak-kanak. jika tahun lepas, memang ada disediakan bilik khas untuk kanak-kanak. Tahun nih saya tak sure adakah pihak masjid meneruskan perkhidmatan tersebut. Macam tahun lepas tuh, memang ada beberapa pelajar UIA di upah untuk menjaga kanak-kanak di bilik tersebut. Sebelum masuk ke bilik tersebut, ibu bapa perlu mendaftarkan anak-anak mereka dan tag akan diberikan.

Bilik Mainan
Bilik Mainan

Jadi ibu bapa tidak perlu risau anak-anak mereka berkeliaran di sekitar masjid dan boleh memberi fokus kepada solat dan ibadah.

3. Masjid Putrajaya.

b329ec2e10efa7950b61a31c2ffc4a07

Masjid seterusnya adalah Masjid Putra Putrajaya. Di sini memang disediakan makanan berbuka puasa dan biasanya menu dia agak best.. hihi..  dan lepas tarawikh pun ada moreh yang best.

Untuk masjid Putra nih, saya suka solat di tingkat atas. Lagipun ada lif di masjid nih. so nak turun ke bilik wudhu yang bawak sekali dan naik atas semula tidak ada masalah. Lagi-lagi ibu preggy macam saya nih.. hihi

MASJID PUTRA BERBUKA PUASA

Pada saya tingkat atas tuh memang agak privacy dan kebanyakkan jemaah wanita akan solat di bawah sahaja. Tidak ramai yang solat di atas. Dan ruang di atas pun memang agak luas, jadi anak-anak yang excited gembira tak ketara sangat la.

Berbeza dengan Masjid Besi, di sana saya kurang selesa sikit sebab terlalu open air dan dibahagian atas pun berkaca. Jadi antara dua masjid nih saya lebih prefer masjid Putra.

4. Masjid UIA.

4

Sebenarnya saya pun tidak pernah sampai masjid UIA nih dengan anak-anak untuk Ramadhan. Waktu biasa pernah la jejak masjid ni. Tapi memang kawan-kawan saya berkongsi, memang untuk bawa anak solat sekali memang best juga masjid nih.

Mungkin suasana dia juga. Di sana ramai pelajar dari luar negara yang mana mereka sudah biasa membawa anak-anak ke masjid. Solat mendukung anak tuh biasa bagi mereka.  Jika di Masjid Nabawi Madinah, memang di bahagian belakang sekali, dikhaskan untuk wanita bersama anak-anak.

Mungkin puan-puan pun ada pengalaman sendiri, boleh juga share diruangan komen untuk dimanfaat untuk ibu-ibu lain. Tapi secara pengalaman dan penelitian, masjid-masjid besar masih ok sebab jemaah pun ramai dan pelbagai latar belakang. Jika masjid-masjid kecik atau surau-surau, pada saya cuba elakkan sebab takut nanti menjadi gangguan yang besar untuk jemaah pada masa tersebut.

Hikmah ramadhan bukan untuk orang-orang dewasa sahaja untuk kejar dan kecapi, tetapi inilah masa terbaik untuk kita mentarbiyah anak-anak kita juga kerana merekalah amanah kita dan bakal pemimpin generasi akan datang.

Jangan lupa dapatkan set puasa untuk ramadhan ni yer.. wasap saya 013.2911.762 untuk order

set puasa shaklee
set puasa shaklee

Selamat berpuasa semua!!

sign

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!