3 Tanda-tanda untuk Bersalin yang Bakal Ibu Perlu Tahu.

7b5b64115acdba29ae47a62a80e64b59

Salam semua.

Di penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda iaitu pentunjuk bahawa masa untuk melahirkan sudah hampir tiba. Ramai yang cemas dan tertanya-tanya apakah tanda yang dialami benar-benar betul ataupun tidak. Oleh yang demikian, perlu anda ketahui bahawa hanya terdapat 3 tanda bersalin.

7b5b64115acdba29ae47a62a80e64b59

Tanda-tanda tersebut ialah:-

1. Show

Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital.

Tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.

. 2. Kontraksi

Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlukah konsisten, kerap dan bertambah kuat dan semasa ke semasa. apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor.

Walau bagaimanapun jika hal ini yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraks pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingat keadaan sebegitu bukanlah kontaksi.

shutterstock_100344287

3. Air Ketuban Pecah

Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak bewarna.

Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah membuang air besar ketika berada di dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera ke hospital kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Kebanyakkan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.

Semoga bermanfaat

Ikhlas

Mamaalya (Shaklee Distributor 906690)

013-2911762

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!