3 Sebab kenapa work at home mum (WAHM) WAJIB ada SOHO sendiri.

nice-small-office-home

WAHM? Kebenda tu? Ini adalah istilah yang biasa digunakan untuk ibu-ibu yang duduk di rumah, tetapi masih bekerja untuk mencari pendapatan untuk keluarga.

SOHO tu apa pulak? Small Office, Home Office.  Satu ruang untuk bekerja yang mempunyai beberapa item yang perlu ada sebagai orang bekerja di rumah. Biasanya juga SOHO dikaitkan dengan bisnes kecil-kecilan yang tidak mempunyai pekerja yang ramai.

EventPhotoFull_SOHO_logo

Bagi saya sendiri, saya sangat suka bekerja dari rumah sahaja, disambil boleh menjaga anak-anak yang masih kecil. Pengalaman saya sendiri, saya menjaga anak saya dari anak pertama sehingga terkini anak keempat memang saya jaga sendiri. Saya tidak mempunyai pengalaman hantar bayi saya ke Taska.

Di rumah saya memang ada SOHO sendiri. Sebagai WAHM adalah sangat penting mempunyai ruangan kerja sendiri.

Kenapa perlu ada SOHO?

nice-small-office-home

1. Untuk menambahkan fokus di dalam bekerja.

Bekerja di rumah kita akan sangat berganggu dengan karenah anak-anak yang mempunyai pelbagai ragam. Ada yang nak menyusu, nak makan.. pastu kena selesaikan kerja-kerja rumah seperti membasuh kain, mengemas rumah dan sebagainya.

Jika kita tidak ada ruangan kerja untuk menyelesaikan kerja kita, makan kita akan hilang fokus di dalam urusan kerja kita. Jadi, SOHO sangat penting untuk memastikan fokus kita untuk mencapai kejayaan di dalam perniagaan kita dan boleh menampung perbelanjaan keluarga kita.

 

2. Pengurusan yang lebih baik dan teratur

Bila kita mempunyai SOHO, jadi pengurusan akan lebih baik dan teratur dalam penyelesaian tugasan-tugasan kita. Alat tulis, fail-fail akan dapat disusun dengan teratur dan tersusun dan ini memudahkan perniagaan yang walaupun hanya dijalankan di rumah, tetapi mempunyai sistem yang sangat tersusun.

Ini sebenarnya menunjukkan sejauh mana kita serius dengan bisnes yang kita sedang jalankan. Kerana ramai juga suri rumah tangga mengatakan mereka ingin berniaga dari rumah, tetapi sikap dan pengurusan kerjanya diambil secara lewa sahaja.

3. Lebih Berdisiplin dalam menuju apa yang hendak di capai

Kenapa disiplin amat penting? Cuba kita imbau kembali semasa kita mengambil peperiksaan SPM mahupun PMR. Walaupun kita duduk di asrama ataupun duduk di rumah, kita mesti ada meja belajar sendiri.

Jika saya dahulu di SMKA, untuk kelas peperiksaan memang ada bilik khas untuk belajar dan kami juga mempunya meja khas untuk belajar.

Begitu juga di dalam berbisnes di rumah, kita dirumah penuh dengan gangguan yang datang dari pelbagai sudut. Gangguan dari anak-anak dan sebagainya. Jadi jika ada SOHO kita akan lebih berdisiplin untuk menyelesaikan tugasan bisnes kita.

Kadang-kadang ramai ibu bekerja di rumah membuat kerja di sofa, meja makan, bilik tidur dan akhirnya kerja pun tidak siap dengan baik kerana sukar untuk mendisiplin diri untuk menjadi lebih efektive semasa melakukan kerja.

Small-Home-Office-Designs-7

Saya berharap artikel ini sangat berguna untuk wanita-wanita yang bekerja di rumah. Anda perlu sangat-sangat serius melakukan kerja-kerja anda lebih-lebih lagi jika wanita yang bekerja dari rumah dan pendapatannya itu adalah sebagai pendapatan utama, bukan sekadar pendapatan sambilan.

Jom kita bina Small Office Home Office kita sendiri.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

One thought on “3 Sebab kenapa work at home mum (WAHM) WAJIB ada SOHO sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!