14 Persiapan Fizikal Sebelum Bersalin, Panduan Ibu Hamil

shutterstock_100344287

Salam semua..

Suspenkan hendak bersalin?? hihi… saya pun ada 3 bulan lagi untuk membuat persiapan, tapi ini adalah kehamilan ke lima.. hihi so insya allah bisa di atur.. Kali nih pregnant pun baby girl pulak tu.. setelah 2 baby boy sebelum ini..  excited pulak nk beli baju pink-pink semula..

 

Ok. di sini saya berkongsi dengan anda semua..  14 persiapan sebelum bersalin yer..

1. Pastikan persiapan hospital dan segalanya kelengkapan penting sudah disediakan dari awal. Tempatkan beg kelengkapan anda, bayi dan si ayah di dalam but kereta sebaik sahaja kandungan melepasi trimester kedua.

2. Adalah penting untuk anda memastikan berat badan tidak naik berlebihan di trimester akhir. Pemakanan seimbang perlu diambil secara berterusan bagi membolehkan anda memberi zat terbaik kepada bayi anda dalam kandungan. Malah, anda juga dapat mengekalkan tenaga sewaktu di bilik bersalin kelak.

3. Pastikan tubuh kekal aktif bertenaga. Untuk memudahkan proses bersalin, anda harus banyak bergerak, berjalan, turun dan naik tangga bermula daripada awal trimester ketiga kehamilan.

4. Mula mengambil satu sudu minyak kelapa dara dua kali sehari sebaik sahaja kandungan mencecah usia lapan bulan. Ia dipercayai dapat memudahkan anda ketika bersalin. selain diminum begitu sahaja, anda boleh menggunakan minyak yang sama untuk melakukan urutan perineum.

Coconut-oil

5. Mungkin agak sukar untuk mendapatkan tidur yang cukup. Namun, anda perlu cuba untuk tidur lapan jam sehari sehingga hari bersalin kerana rehat yang mencukupi amat diperlukan ketika ini.

6. Sentiasa berzikir, dirikan solat taubat dan solat hajat sambil memohon doa kepadaNya bagi memudahkan anda bersalin dan bayi dilahirkan sihat dan selamat. Salah satu zikir yang boleh diamalkan sepanjang hamil dan sewaktu mengalami kontraksi ialah zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan paus.

7. Sebelum berangkat ke hospital, pastikan anda makan terlebih dahulu. Tujuannya ialah sebagai bekalan tenaga ketika mahu bersalin nanti.

8. Jangan lupa untuk membawa buku rekod kehamilan biar di mana jua anda berada. Jika perlu bersalin sebelum tiba masanya, sekurang-kurangnya buku rekod berkenaan dapat membantu doktor bakal menyambut kelahiran bayi mengetahui tahap kesihatan anda dan anak yang anda kandung.

9. Di akhir trimester kehamilan, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan diri terutamanya di bahagian alat kelamin. Seminggu sekali, pastikan bulu bahagian intim dicukur dengan sempurna.

10. Mohon maaf dan reda daripada suami, ibu, ayah, mertua dan ahli keluarga yang lainnya. Minta mereka mendoakan kesejahteraan anda dan bayi yang bakal dilahirkan.

11. Sentiasa menjaga dan memgawal corak pernafasan. Tarik nafas menggunakan hidung dan lepaskannya menggunakan mulut.tarik dalam-dalam, kemudian lepaskan sedikit demi sedikit terutamanya ketika berlaku kontraksi. Sentiasa berkeadaan tenang agar kesakitan yang di dalam dapat dikurangkan.

200424143-002

12. Jangan sesekali meneran sebelum bukaan serviks mencapai 10cm. Cara ini dapat mengelakkan rahim anda daripada membengkak. Dalam masa yang sama, jangan meneran jika tiada kontraksi. Hanya ketika kontraksi sahaja, bayi dapat ditolak dengan baik. Jadi simpan tenaga anda untuk meneran pada waktu yang sepatutnya.

13. Sebaik-baiknya meneran tanpa mengeluarkan suara atau menjerit. Suara dan menjerit yang dikeluarkan sewaktu meneran menandakan bahawa teknik meneran itu adalah salah dan tidak membantu menolak bayi untuk keluar dengan lancar.

14. Sekiranya bekerja, anda sangat digalakkan untuk mengambil cuti. Usah bekerja sehingga ke tarikh jangkaan bersalin. Hal ini kerana dibimbangkan tekanan kerja akan membuat anda stres. Jika boleh luangkan masa seminggu untuk duduk berehat dirumah sebelum bersalin.

 

Confius hendak pakai set berpantang yang paling best….  ini cadangan dari mamaalya.com —>> Set Berpantang … serius mmg sangat2 besttttt

Ikhlas

Mamaalya

0132911762

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

2 thoughts on “14 Persiapan Fizikal Sebelum Bersalin, Panduan Ibu Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!