11 Tips untuk Meningkatkan Kesuburan

NOT_Pregnant_-_Pink__26447_zoom

not-pregnant

Masalah kesuburan di Malaysia amat meningkat sekarang ini. Ramai pasangan yang sudah berkahwin, masih stress kerana masih tidak dikurniakan cahaya mata. Saudara mara berkali-kali bertanya bila mahu pregnant.. makin tahun, pasangan makin tertekan dengan situasi tersebut.

Di sini saya sharekan 11 tips untuk meningkatkan kesuburan. Saya berharap tips ini dapat membantu anda.

1) Fahami Proses Kehamilan

Memahami bagaimana sistem pembiakan berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor kesuburan. Ini bermaksud untuk perempuan kena sangat faham mengenai waktu anda subur itu bila, sebab hanya semasa waktu subur sahaja sperma akan disenyawakan. Kalau anda bersama suami tetapi bukan waktu subur, no point.. baby tidak akan dihasilkan.. hihi

2) Jumpa Doktor

Pastikan bebeas daripada sebarang masalah dengan membuat rawatan doktor. Apabila anda dapati berbulan-bulan bersama suami di timing yang betul, tetapi anda masih tidak hamil, maka mesti ada sesuatu masalah. Jadi untuk pastikan, sila berjumpa dengan doktor untuk pastikan apa masalah tersebut.

images (3)

3) Berat Badan Ideal

Sekiranya mempunyai masalah berat badan yang berlebihan atau berkurangan, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan.

4) Ketahui Waktu Subur

Hari subur wanita cuma 4-5 hari sahaja dalam sebulan dan dengan mengetahui waktu subur yang tepat, peluang untuk hamil adalah lebih tinggi.

5) Hubungan seks yang Kerap

Melakukan seks yang lebih kerap adalah penting untuk memastikan wanita hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari.

6) Tingkatkan Kesuburan Suami.

Pastikan kesihatan reproductive suami pada takat optimum dengan mempraktikkan cara hidup sihat. Kesuburan bukan pada ister sahaja, tetapi melibatkan kedua-dua belah pasangan.

7) Multivitamin

Wanita disarankan untuk mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Lelaki pula disarankan mengambil suplemen zink untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

NOT_Pregnant_-_Pink__26447_zoom

 

8) Bersenam Secara Rutin

Bersenam adalah cara yang sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9) Makanan yang Seimbang

Mengawal pengambilan makanan terutama apabila mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.

10) Kurangan Tekanan

Tekanan sering di kaitan dengan masalah ketidaksuburan. lakukan aktiviti-aktiviti ringan yang boleh mengurangkan tekanan

11) Jauhi Dadah, merokok dan minuman keras

Rokok, dadah dan minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan

 

 

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!