10 Tahun Kahwin, Masih Tidak Hamil?? Apa yang Perlu Dilakukan

147688_ilustrasi-sperma_663_382

Apabila menjual Shaklee, saya sering mendapat pertanyaan pelangan yang mengalami sukar untuk mengandung. Perlu diketahui Shaklee adalah makanan tambahan. Untuk membantu membetulkan sistem badan.

147688_ilustrasi-sperma_663_382

Tetapi adalah penting anda mendapatkan nasihat doktor dahulu, baru kami akan cadangkan apa yang terbaik mengikuti rawatan dari doktor terlebih dahulu. Sebab masalah kesuburan ada pelbagai jenis dan faktor, masa dignosis yang tepat lebih murah untuk mengetahui masalah.

Apabila berjumpa dengan doktor, apakah ujian-ujian yang akan dapat?

 

Dibawah adalah ujian-ujiannya.

Ujian-ujian yang sering dilakukan

Kebanyakkan pasangan akan disarankan menjalani ujian ini:

Hysterosalpingogram (HSG)

d_hysterosalpingogram

Ujian ini adalah ujian x-ray dan merupakan cara untuk mengetahui samada salur peranakan tersumbat atau tidak. Pesakit berbaring (dalam keadaan seperti mana ujian pap smear dilakukan) dan sejenis alat yang bernama spekulum akan dimasukan kedalam faraj, kemudian, satu ubat cecair (dye) akan disuntik kedalam rahim. Dalam masa yang sama beberapa siri x-ray akan diambil untuk melihat keadaan (outline) dalam rahim dan menganalisa samada salur fallopia tersumbat atau tidak. Sekiranya normal, cecair tersebut akan kelihatan berada diluar rahim menunjukan bahawa saluran tidak tersumbat.

Hari ke 3 LH/FSH
Ujian darah ini dilakukan untuk menaksir samada terdapat telur yang cukup tersimpan didalam ovari dan untuk memastikan bahawa tiada ketidakseimbangan hormon. Ia diambil pada hari ke 2 atau ke 3. Hormon LH/FSH adalah hormon penting yang bertanggungjawap terhadap pembentukkan telur didalam rahim. Tahap yang tinggi ada pada mereka yang mengalami PCOS, punca utama mengapa wanita tidak bertelur.

Ujian Progesterone
Untuk mengetahui samada ovulasi sudah berlaku atau tidak. Selalu diambil hari ke 21 sekiranya kitaran haid wanita ialah 28 hari. Sekiranya ovulasi tidak dapat dikesan melalui ujian ini, Ujian ini akan diulang beberapa hari kemudiannya. Tahap 30 nmol/l atau lebih menunjukkan anda mengalami ovulasi.

Analisa Air Mani
Ujian ini perlu untuk memastikan samada sperma dalam keadaan normal dan cukup. Penting untuk tidak melakukan sebarang hubungan seks 3-5 hari sebelum ujian dijalankan.

images (6)

Ujian Ultra-bunyi Pelvis
Untuk melihat samada rahim dan ovari kelihatan normal atau tidak. Ia akan menjadi lebih tepat sekiranya TVS atau scanner melalui faraj dilakukan.


Ujian Laparoscopi

Jika terdapat sakit yang ketara semasa hubungan seks, doktor selalunya kan menyarankan ujian laparoscopy. Prosedur ini akan dibuat dalam keadan bius keseluruhan dan pesakit tidak sedar, dimana doktor akan membuat sedikit lubang pada bahagian pusat dan satu alat teleskop yang berkamera akan dimasukkan kedalam abdomen. Doktor kemudian akan memeriksa sebarang tanda endometriosis atau penyakit lain dan akan menyuntik sejenis cecair kedalam rahim untuk mengetahui samada salur fallopia tersumbat atau tidak.

Hysteroscopi
Jika HSG menunjukan terdapat ketidaknormalan didalam rahim, wanita mungkin disarankan untuk menjalani ujian hysteroscopy.Hysteroscopy adalah satu prosedur dimana satu alat kecil yang bersambung dengan camera akan dimasukkan kedalam rahim dan keadaan dalam rahim boleh dilihat dengan jelas. Ia boleh mengesan sebarang polip, fibroid dan dan ketumbuhan lain.

Ujian darah untuk prolaktin dan tiroid
Sekiranya ada mengalami haid yang sangat tidak teratur atau tiada haid langsung, anda mungkin mempunyai masalah tiroid yang hiperaktif atau prolaktin yang berlebihan. Ujian darah dengan senang dapat mengesan penyakit ini.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!