10 perkara yang membuatkan anda tersenyum.

3273713104

3273713104

Apa yang kita buat diawal pagi, akan memberi kesan sehingga ke petang hari.

The power of SMILE… anda perlu rasakan perkara yang sangat power ini bila anda lakukan. Walaupun ia simple, tapi kesannya sangat menakjubkan..

Bagaimana untuk membuatkan anda tersenyum.

1. Menolong orang lain

Ini adalah antara kegemaran saya. Bantu sahaja orang lain dalam apa-apa keadaan pun. Membantu kawan anda membeli barangan dapur, membantu orang tua melintas jalan. Membantu kawan siapkan assigment.

Percayalah, kepuasan yang sangat akan anda dapat.

2. Keluar dari rumah.

Tidak kira anda jenis yang tidak suka keluar rumah. Bila anda keluar, memijak rumput dan menghirup udara segar di pagi hari, akan membuatkan anda tersenyum.

3.  Belai diri anda dengan makanan kesukaan anda.

Anda suka coklat? Anda suka pizza? Belai diri anda dengan beli dan makan makanan yang ada suka. Bila anda suka hormon dopamine akan dirembeskan oleh otak. Anda akan merasa sangat segar nanti.

4. Solat

Mula berkomunikasi dengan Allah. Percaya ini adalah momen yang sangat bernilai. Anda akan rasai ketenangannya. Solat memberikan anda satu ketenangan yang sukar untuk digambarkan.

5. Simpan gadget anda.

unplugggg!! Putuskan sebentar diri anda dengan dunia internet dan online. Ada kajian mengatakan  penggunaan device yang berlebihan akan menyebabkan kemurungan, kurang tidur dan stres. Tinggalkan sebentar dunia online, hidup lah di alam realiti.

proses ovulasi
proses ovulasi

6. Petik bunga.

Anda boleh beli bunga di kedai bunga. Mungkin suami anda kata, membazirkan sahaja beli bunga nanti dia akan layu dan mati. Tetapi jika ada seseorang memberikan sejambak bunga pada anda… apa yang berlaku?? Senyuman lebar akan terukir.

7. Dengar.

Dengar apa? Dengar apa yang orang cakap? Bunyi hujan? Bunyi burung-burung?

8. Minum minuman kegemaran anda

Mungkin kdang-kadang anda terhidrasi. kembalikan bendalir badan anda dengan minum air banyak. Adalah lagi bagus untuk minum minuman yang kurang manis dan memberikan anda tenaga seperti performance drink Shaklee.

9. Cari sumber inspirasi

Anda boleh google.. kata-kata motivasi daripada internet. Anda juga boleh membaca buku-buku tulisan penulis yang hebat. Anda akan rasakan, satu tenaga akan mengalir di dalam diri anda.

10. Meditasi

Fokus kepada pernafasan anda.

Fokus kepada fikiran anda. Perhatikan apa yang anda fikir sepanjang hari ini.

Fokus kepada emosi anda. Apa yang anda rasa selama ini? Gunakan momen ini untuk memperbetulkan apa yang anda fikir dan apa yang anda rasa.

Ok….  its be ok to treat yourself.. sayangilah diri anda sebaiknya.. percayalah ini akan memberi sinar untuk anda sepanjang hari.

Dapatkan Terkini Artikel dari Kami
Tips Hamil : Tips Bersalin : Tips Menyusu
100% Privacy. We don't spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Sign up to our newsletter!